RAHSIA MASAKAN NYONYA - FLORENCE TAN


Salam semua, ok seperti biasa sebelum mat masuk tidur, nak review satu lagi buku masakkan dalam koleksi Mat Gebu, saja lah nak share, jangan menyampah yea. Buku ni mat dah lama beli, biasalah sebab mat gebu kan suka hal2 baba dan nyonya ni. Buku tulisan Florence Tan dan diterbitkan oleh Times. Perasan tak nyonya berkebaya biru yang manis tu, ha tu lah dia Florence Tan, alah selalu wajah dia masuk TV, lagi2 kalau nak hari raya. Mat ikuti juga perkembangan beliau sejak dari dulu. Resipi2 peranakan tulisan beliau adalah resipi dari keluarga Florence sendiri, biasalah orang2 peranakan ni kan pentingkan standard dalam masakan serta kerja2 mereka juga tertib dan halus...cerewett sekali lahh kan ini bibik-bibik semua...tak kuasaaa guaa!



Buku ni tak tebal sangat tapi gambar2 dia memang lawaa. Berharga RM 36.90, pada mat agak mahal, kalau nak di lihat pada ketebalan buku itu sendiri, tapi sebab mat minat dengan chef Florence ni, guaa beli lah jugaaa. Dari segi kualiti memang lah amat baik terutama kualiti kertas dan gaya persembahan setiap hidangan. Susunan resipi pun senang untuk dicari dan dibaca, tak keliru. Hasilnya pun memuaskan. Dan resipinya memang menepati selera kita orang2 melayu. Sekarang ni mat tak pasti lah buku ni bagaimana rupa kulitnya, mungkin telah berlaku perubahan.. Ok itu saja untuk malam ini, jumpa nanti dengan N3 masakan pula.. Salam sayang dari Mat Gebu.... Salamm....

Post a Comment

4 Comments

  1. terima kasih kongsi, ttg buku florence tan...

    ayu suka idea masakan beliau..banyak menu sihat..maklumlah keturunan baba nyonya pentingkan kesihatan..

    psst.......selamat malam jua utk cik mat..salam sayang dari CITARASA RINDUAN

    ReplyDelete
  2. pernah jumpa dia kat PWTC...
    peramah sangat tak sombong... senyuman sentiasa dibibir

    ReplyDelete
  3. salam ayu...
    Sama2, memang betul, nyonya2 peranakan ni memang mereka pentingkan kesihatan, ada lagi sorang yang saya tau "Betty Yew" dia pun handal juga..

    salam Cute Oven..
    Setuju dengan anda, FT ni memang tak sombong dan style dia cakap pun menyeronokkan..

    ReplyDelete
  4. Mat Gebu mohon satu lagu permintaan boleh? Macamana nak buat steak baik punye macam kat Victoria Station tu, jenis kering, tak nak lak yang melimpah dgn sauce black pepper atau garvy tu. Harap Mat Gebu sudi tunaikan lagu permintaan ini...he he.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.