BEN ASHAARI

Friday, September 3, 2010

BISKUT DAHLIA...RESIPI SAMA.

Biskut Dahlia
Assalammualaikum, salam petang Jumaat. Buat apa tu, sibuk2 di dapur ke.. Ok nak share satu resipi ulang tayang. Biskut dahlia, ada juga yang panggil biskut bunga cina. Apa2 pun nama, ianya biskut yang sama. Mat buat pagi tadi, dan biskut ni antara paling mudah, cepat dan sedap...serius nihh. Biskut ni kan, adunan dia memang lembut, tapi bila dah masak ianya akan jadi satu biskut yang tidak mudah hancur bila dipegang, tapi cair di mulut. Resipi ni mat tak derhaka sangat, cuma kurangkan sedikit gula dia saja. Resipi asal dari "Norazie RN"...memang mabelesss..kalau sesiapa sudi boleh mencuba.

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

13 comments:

Penyulawa aka Mama Ghock said...

mat, tuan punya resipi tu nama Norazie, bukan norzie. Org johor gak tu.. :D

Mat Gebu said...

Kak anim...
Waaaa...amponn salah..ok kak kita edit balik..hahha terima kasih kekanda ku...

..nOj.. said...

sobsob. buat dah biskut ni. tapi bunga takmo naik. kembang semacam je. benci tau. tapi rase sedap. hehe

Mat Gebu said...

salam noj...
Hmmm, macam mana tu, kalau u ikut betul2 resipi, insya allah hasil sama mcm dalam pic tu, tak caya tanya "mama ghock"...

a Z u said...

hi cik mat, sy pon dh buat resipi ni tp cetak guna samprit ja, sedap!!

Lan0stZz said...

salam Mat Gebu, saya pun dah cuba pertama kali dalam hidup buat kuih raya samprit ni. mmg marbelesss u. suka hati mak. terima kasih share resepi :):):)

kakrose@kakyon said...

salam Cik Mat, minta izin salin resepi ye.

echah_syed said...

canteknya bunga dahlia ko mat.marbeles!

combi bangga dgn ko mat..bila masuk sini mesti ratus2 readers ko tgh online.caiyoklah mat (*.*)

Isteri Solehah said...

cik mat, klo x guna gula icing menjadi x?

Fareen Najwa said...

Abg CMG

Saya dah salin resepi biskut dahlia ni dari blog abg cmg ni yg last year punya and saya dah buat pun last week. Alhamdulillah, menjadi (first time ko nak buat biskut raya sendiri).

Ada la sikit2 yg hang..us sebab tak reti sgt ngan oben baru tu. Terpaksa jadik kuih reject. Tapi sedap gak makan depan tv pas tarawih.

Selain biskut ni, saya ada amik biskut suji salju, oat rangup, badam and peanut butter. Setakat ni, ada 2 lagi projek kuih yang tinggal nak buat. Mekacih abg cmg!!

kipp said...

salam abg mat...
cantiknye abg mat punyer
dah try kuih ni smalam
tapi kan...dia tak nampak rope cam abg punye
saya punye bile bakar dia turun...nape yer..resepi mmg ikot 100%

mariyya said...

maaf nak bertanya..saya dh ikut resepi ni..cun&sedap..tapi masalahnya,bila dah masak,biskut melekat kuat btol kat loyang tu..dah sapu marjerin dah pada loyang tu..camne nak buat?

XD said...

maaf saya dah cuba buat tadi tapi bila bakar kuih tu turun (bunganya kembang), kenapa Ya?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.