BEN ASHAARI

Thursday, June 3, 2010

ROTI MANIS ALA JEPUN

Roti Manis Ala Jepun
Salam semua, N3 last sekali malam ni mat nak share roti yang telah dibuat oleh "Bibik Melayu" ai yang seksi, lagi menawan itu, tak lain tak bukan Miss BM a.k.a Bread Maker...hehehe. Sebenarnya mat nampak roti gebu ni kat rumah Kak Ummi Kuantan yang ayu, comel lagi menawan itu...weyy saham dia naik tau baru2 ni, tapi yang tu biarlah rahsia antara kami..kan kak ummi...Tahniah juga pada kak ummi, sebab telah mendapat 1000 followers ajaran sesat di blog beliau..hahahahaha....Moga kita sama mendapat manfaat dari berblog nie yeaa..

Roti Manis Ala Jepun
Roti lembut ni sedap dimakan bersama jem atau seri kaya, kebetulan petang tadi ada kenalan keluarga kami berbangsa cina datang ke rumah, dapat juga lah mereka merasa roti segar dari oven mat gebu..Actually nama saja cina, tapi cakap melayu punya lah cair, macam paip bocor koo, lancar jeee berborak. Kalau ikut blog kak ummi, dia buat 16 biji bun, tapi tah macam mana, mat buat 12 biji, apa lagi memasing naik bukan main gebu lagi montok...tak pe lah..baru lah sepadan dengan ai..tak gitu. Terima kasih juga pada "Gert" yang sudi berkongsi resipi roti ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g tepung roti (high protein flour)
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih)
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.

13 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam CMG

patutlah call, sibuk memanjang...rupanya rombongan meminang...kikikikkk....jauh benor firasatku...


abang mat tang ummi dapat 6 ketul, abang mat dapat 12 ketul tu,..

sebab bezanya kan (firasat ahli nujum kulaijaya nie)...ummi punya oven masih baru..CMG punya dah lama...ala2 misteri gitu.....kikikikiki

Siti Indrawati said...

salam Cik Mat..nampaknya dah mula mengodes saya ni hehehhee..sabar akan ku rasmikan BM Ku dlm waktu terdekt nie..

Ummi said...

Amboiiihhh amboiiihhh ko ek...bila pulak akak main saham ni..tiba2 "saham naik" ek, heheee..biarlah rahsia ek..xpun mmg terkencing la ko akak kerjakan..wakakaaa..Waahh roti jepun naik gebusss montok2 mcm tuannya tu..tetamu yg datang pun macam2 tau2 je ko tgh bakor roti ya Mat..hehee..xyah la ko idang biskut kering je kan...hehe

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sampai ku tulis salah....kikiki...16 jadi 6 ketul, sure kak ummmi marah...

ct indrawati:

awak punya BM tu baru..kalau buat gerenti jadi 20...

abang mat ilang 4 ketul disambar oleh ayu.............

Ummi said...

Mat, baru terperasan..cantik eh bunga teko ramping ko tuh...mcm nak pi rompak pulak rasanyaa...manis je bunga tu...akak sukeerrrr...hehe

Jijahh @ f.k said...

wahh sedap nye nampak bila sapu jem tuu

hana said...

disebabkan ala jepon, owang jepon wajib buat! kan mat kan! kekekeke... pssttt k.ummi kene lamar Jejaka ker?? haishhhh tak tdo malam kang abg Nu tuH! kikikikiki

JaSSNaNi said...

salam CMG.. sedap cicah ngan air panas2.. tak kira kopi ke.. teh o ke.. ape2 skali pun.. semua sedap wat cicah roti ni kan.. :D sedap2...

pstt.. sok cuti.. so nak gi tesco cari pastry skin yg CMG cakap tu.. sebab nani dah cari kat pasaraya kecil2 kat umah ni.. tapi tak de yg cm CMG cakap tu.. yang ade cuma paratha.. bulat2 bukan segi4.. mmm.. :D

an15 said...

wah, ni semangat nak beli BM time winter sale nanti

aibaks said...

sampai roti inti dlm pun mat pandai wat gak? memang mantop! bile nak buka sme? leh niaga.. hantar kat pasar borong..convenient shop..etc.. hari lagi masyuk... ke dah buat? haha..

Mat Gebu said...

salam puan...
Hehehhe, exceli mereka tu kawan abg saya, mereka suami is3 berbangsa cina tapi cakap melayu bijak, biasalah peranakan..

salam siti inderwati...
Tiba2 saya macam terbekanan BM anda itu..hahahaha

salam kak ummi....
Elehhh, sudah gaharu cendana pula..sambung kak lebih dia...hahaha, tapi mmg serius saham akak naik, teko tu cun kan, ramai blogger antik makan hati tgk..hehe...panassss...

salam jijah...
Memang sedap, tu saya guna jem tanpa gula...lagi sedap..

salam hana...
Kah kah kah...malas koo aku nak cerita, kang takut kena hempuk..tak relaaa...

salam jassnani...
Lagi satu kan pastry puff tu elok simpan kat rumah sebagai stok, senang bila2 nak guna..

salam an15...
Beli jgn tak beli, lagi2 u dok kat luar negara...

salam aibaks...
Hahaha, bukan tak boleh, takut masa terima order roti aku batat, ha macam mana nak jawab...

Ameera Fatin's Kitchen said...

Salam abg mat.... Kalau macam saya tak de water roux tu nak ganti ape ek?

Ameera Fatin's Kitchen said...

okay abg mat, dah tau dah cmne nak buat.... hahaha.... sorry.... saya ni baru nak blaja2 buat roti....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.