KARI IKAN PARI KERISIK

Kari Ikan Pari Kerisik
Assalammualaikum semua, salam Khamis. Dah santap ke semua. Hari ni mat share salah satu lauk kegemeran mat, dah semestinya "Kari"..tak kesah lah apa jenis kari pun semua i likeeee. Maka beberapa hari lepas memang mat ada beli ikan pari, plan nak masak asam pedas, tapi tiba2 koner resipi jadi kari pulak, siap campur kerisik sebagai penambah rasa. Mat letak terung "Holland" yang dibeli masa pi Cameron Highland ari tu, besau koo terung tu, sebiji je dah banyak, kalau nak ganti dengan bendi pun sedap...Lagi satu kan, kalau masak kari ni, time petang, boleh buat lempeng pekak, makan dengan kuah kari....hmm sedappp.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan pari, potong sederhana besar
1 biji terung
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
1 biji cili hijau, belah
1 biji cili merah, belah
1 camca besar kerisik
400 ml santan
2 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama "Baba's")
700 ml air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari, dilurut
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dibuang sedikit kulit, belah 2 dan potong setiap belahan kepada 3 bahagian, rendam dalam air. Rempah kari dicampur dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah rempah kari dan kacau, masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga garing.
  3. Tuang air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan. Tambah asam gelugor. Masukkan terung dan tuang santan. Kacau dan masak dengan api sederhana. Bila terung lembut sedikit, masuk tomato, cili merah/hijau belah dan kerisik. Tambah garam/gula secukup rasa.
  4. Masak 1 - 2 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ulam2, sambal belacan dan lauk2 lain....

Post a Comment

4 Comments

  1. En Mat.. halba campur ke herba campur

    ReplyDelete
  2. eh,eh!kebetulan pulak..kak rose masak ikan pari assam pedas...so whats that lempeng pekak???kakaka..kak rose pulak panggil lempeng bodoh!!tapi bunyi nye just as bad kan...

    ReplyDelete
  3. salam rossalle...
    Hehhehe, sorry dah edit balik, terima kasih atas teguran anda..

    salam kak rose...
    Laaa, tu lah ada juga geng2 masak yg masak ikan pari cuma resipi lain. Kesian lempeng tu kan, dah lah pekak, bodoh pulak...keji leerr..

    ReplyDelete
  4. Salam Mat,
    Nak mintak kebenaran print resepi2 yang saya berkenan....banyak yang sedap2 ni. Susah jugak setiap kali nak masak kena bukak blog...terima kasih atas ilmu yang diturunkan, moga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.