NASI AYAM..

Nasi Ayam
Assalammualaikum semua, salam Rabu... Hari ni dari pagi sampai laa ni, langit mendung, hujan renyai2 tapi tak lebat sangat. Tiba2 macam teringin nak makan nasi ayam, kalau nak beli bukan tak boleh, warung depan rumah tu pun ada jual..Biasa lah mat gebu 'PANTANG' beli kalau boleh buat sendiri....tu pun time rajin laa, kalau malas, aku tapaww juga. 1st impression bila orang tengok N3 ni mesti depa ingat mat nak tayang set lama tu kann...betul takk?...Hahahaha, dah agak dahh...Yelah..yelahh memang mat ngaku selain share resipi, nak juga share penggunaan set2 lama dalam hidangan, kiranya tak payah nak guna set Royal yang mahal2 tu pun, tetap hidangan nampak bergaya dan memikat...betul takkk....aikk ada tu terus nak muntah...hahahaha...sabar jee lah!!..

Nasi Ayam
Berbalik pasal nasi ayam ni, biasanya mat kalau buat, guna beras basmathi, selain cara penyukatannya mudah, rasa dan teksture nasi pun cukup lahh lembut, tak melekit dan panjangggggggg....Kalau nak guna beras biasa pun tak de masalah, cuma pada mat kalau guna beras wangi rasanya "macam" tak berapa sesuai laaaa, apa2 pun tepuk dada tanya selera, jangan tepuk dada orang lain sudah laaa...dosaaaa!. Style mat masak senang walau pun nampak rumit, semua main lebur dalam rice cooker saja.


Seperti nasi2 ayam biasa di Malaysia dan Singapura, set hidangan mesti ada sup, ayam samada dipanggang atau digoreng, sos cili untuk nasi ayam dan ulam timun, tomato dan daun salad. Cuma apa yang kita tau ada pelbagai versi nasi ayam....Macam yang mat buat ni tatau lah versi mana, ini bukan ipoh mali punya okeyy....waa ingat ini Selenak (Sedenak) mali punyaaaa.....
Haiya!!....Hana Jepun sulaa uhuk!!..uhuk!!..apa pasat..luu alee batuk2... Itu Hana hooo batu pahat mali punya amoi...sikalang lia luluk sana Jepun...haha..

BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
Garam secukup rasa

BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
10 kuntum cendawan butang dlm tin, belah 2 setiap satu
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
2 kiub pati ayam "Maggi"
1 camca teh lada hitam, tumbu halus
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup kecuali bunga kobis, lobak merah, kentang dan lada hitam. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Kemudian masukkan lada hitam, lobak merah dan kentang dalam baki kuah sup, terus memasak hingga empuk, masukkan bunga kobis dan cendawan butang, masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...tak cunn... Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.
  4. UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...

Post a Comment

20 Comments

  1. bang mat,
    sgt menarik....
    lapar dah saya ni...
    adehhh.....

    ReplyDelete
  2. salam..en.mat,abisla lingkup bisnes kalo zla meniaga depan pagar umah en.mat..sbb tuan punya rumah ni terlampaula rajin memasak..nak2 sedap lak tu...:)

    ReplyDelete
  3. ummu: mat masak memang menyelerakan..haha..

    azila: lingkup? tak kot.. makin maju kot.. haha.. de keje kosong ke? leh sy cuci pinggan ke.. ehe..

    mat: skali mat msk nasi ayam pun sume tak tahan.. raya nti wat le rumah terbuka yer..

    ReplyDelete
  4. salam cikgu (ummu hanis)..
    Hehehe, adehh semua kata lapar, habis tu cikgu kan tgh diet..macam mana....tak kesah ke?

    salam azila...
    Hahaha, tak mungkin bankrup punya..sebab "ben" kan ada, pengaruh dia kuat tuu...

    salam aibaks...
    Uikk open house...excelikan kami tak pernah buat open house...sebab hari2 open...hahaha

    ReplyDelete
  5. salam cik Mat ooi terliur akk tengah2 pagi ni bila terpandang nasi ayam cik Mat ditambah pula ngan set pinggan pink2 tu n gelas tinggi tu.Menggebu habiss tak sabar nak cuba resepi cik Mat ni.

    ReplyDelete
  6. Mat! dalam banyak2 benda yang kat atas meja makan nko, bunga rose dalam pasu nko tu je yang sama sejibik macam aku nyer...ok r..ada gak sama dengan nko! tak r nanti nko cakap kat aku "ngko hadde?" hehehe...

    ReplyDelete
  7. salam aina...
    Terima kasih puan..alah resipi nasi ayam biasa2 je..Set pinggan antik Meakin tu menarik kan, gelas tu exceli saya ada 2 ketul tu saja...jenis antik juga...

    salam sue...
    Hahahaha, alah Sue, tu bunga tiruan jee, kat Malaysia ni koo tau jelah, mana nak cekau bunga fresh, kalau ada pun RM tu yg tak tahan, lainlah dok cameron hiland, sah2 mmg boleh tanam sendiri...

    ReplyDelete
  8. salam mat...untung tul tetamu yang selalu datang kat umah kamu tu kan..ashik dapat makan best-best ajer..jelous..

    tertariklah nak buat sup tu..nanti nak cuber buat.

    kek aiskrim tu pun nak cuber...tapi tunggu gi giant beli barang dulu..nasi ayam ni..kalau buat selalu memanglah anak-anak suker..tapi mak dah ayah dah nak jelak tenguk ayamm...alamak terlebih sudahhh

    ReplyDelete
  9. salam kak ina KL...
    Kalau berkesempatan saya masak...makan biasa2 jee..Kek ais kerim tu senang je kak, kalau tak de susu tepung, tak payah letak pun tak pe, masih ok lagi....

    ReplyDelete
  10. sedappppnyee nasik ayammm sini...
    mmmmm nyumm nyuummmm... :D

    lawooo pinggan... :D

    ReplyDelete
  11. haiyyaaaa ah mattt!! patut la wa ale batuk2 dr semalamm! lupa2 lu makan sedap2 talak ajak wa.. uwaaaaa.. eh! sulah tukar ka? wa batu pahat mali ka? bukan nippon mali ka? haiyyaaa wa manyak lupa! kahkahkahkah.....

    ReplyDelete
  12. Mat! yg aku punya pun bunga tiruan! mmg sejibik macam nko punya! aku beli kat SSF hangkut bawa datang Denmark nko! kat sini mana omputeh ni tahu hias2 bunga sangat! jual bunga tiruan pun tarak! bunga idop banyak r..beli memahal pastu 2-3 hari dah kijol! hampes!

    ReplyDelete
  13. Salam. Mat, Kak mai nak tanya..brp orang boleh makan kalau ikut sukatan nasi ayam Mat ni dan ayam tu selain bakar boleh tak digoreng? Sorry Mat akak banyak tanya lak

    ReplyDelete
  14. salam jassani...
    Hehehe, pinggan tu lawa kan, klasik dan nostalgia sungguh bila hidang nasi ayam dalam tu.

    salam hana....
    Aloo amoi, apa pasat luu tatak ingat sama Batu Pahat? Waa hoo, selenak mali pun manyak suka itu Batu Pahat, waa lasee sana manyak jual itu teko lameee punya. Waa sukaa itu balang maaaa. Haiyaa..lupa dili punya amoii..

    salam sue...
    Tu lah bunga fresh mmg lawa, tapi ko tau jee lah sini kalau tanam, kejap jee kumbang bohjan dtg menggeget. Aku beli kat ayer hitam je, tapi mahal gak koo, tak kesah leerr..dah nak sangat, rembat jee leer..

    salam maizon...
    Ayam tu boleh juga kalau akak nak goreng, tapi kan pada saya, kalau akak nak goreng, ayam tu tak payah rebus dalam sup, untuk sup tu akak guna kaki ayam atau rangka ayam pun boleh. Ayam tu pulak akak perap dengan rempah yang akak suka, dalam 3-4 jam, pastu goreng. Kalau ikut resipi tu kan, rasanya nasi tu boleh makan dalam 4 - 5 orang kot, ikut saiz tekak memasing. Macam kami makan dalam 6 orang...

    ReplyDelete
  15. As-salam, tumpang share boleh tak?
    Sbb resepi ni saya rasa memang sesuai utk kerja khusus Sejarah PMR 2012...

    Identiti website ni akan saya sertakan dlm kerja khusus saya...

    Harap puan/tuan x keberatan. :)

    ReplyDelete
  16. Salam akak, nampak sedap sangat sup ayam tu. Nasi pun menyelerakan. Nak share resepi ye. tq

    Beli Vitamin E Shaklee Dapat Keahlian Percuma??? Biar betul???

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,mat gebu, sedapnya nasi ayam, mntk copy resepi, tolong view blog saya.http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. Salam mat gebu. Resepi ini untuk hidangan brapa orang?

    ReplyDelete
  19. Salam mat gebu. Resepi ini untuk hidangan brapa orang?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.