Assalammualaikum, harap semuanya sihat2 belaka. Hari ni nak share satu resipi yang pernah mat buat dulu, masakan Thai dan rasa dia sungguh sedap bagi mereka2 yang tak sedap badan, demam atau termengidam. Nama bahasa melayu boleh lah panggil sup ayam lengkuas, sebab guna banyak lengkuas. Ala2 tom yam pun ada, santan dicampur sedikit untuk menaikkan rasa lemak (kalau nak guna susu cair pun ok, tapi letak akhir sekali dan didihkan sekejap saja). Mat guna 2 jenis cendawan dalam tu..Uikk, nampak cendawan butang je, yang lagi satu jenis tenggelam pulak, kobis juga dicampur sekali... Sedap dimakan dengan nasi, mee atau dihirup begitu saja..hmmmmm..i likeee!!!!
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan
BAHAN SAMBAL "KHAS" :-)
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan
BAHAN SAMBAL "KHAS" :-)
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
- Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
- Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
- Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
- Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee...Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja....
- UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas
11 Comments
En Mat sedapnyer nampak..belum rasa lagik... nanti saya cuba la pulak resepi ni yer..
ReplyDeletemacam tomyam je.. ehe
ReplyDeletesalam mat..kalau akak, suka hirup begitu sahaja. baru enjoy seratus peratus.hihi
ReplyDeleteSalam Cik Mat,
ReplyDeletePehhh...setiap n3 cik mat memang la kalau tak lapar..haus di buatnye..hehehehe..takpenah putus dengan idea..waa...marbelesss...sodappp..
salam Cik Mat..sedpnya sup ayam lengkuas tu...bilalh nak buat ni?beratur segala resepi Cik Mat yg nak saya buat ni..aduiihh
ReplyDeleteummu dtg makan umah bang mat bleh???
ReplyDeleteKalau dapat hirup semangkuk ni, alangkah nikmatnya. Kek kat bawah tu pun, nyiksakan mata memandang je!
ReplyDeletesalam...resepi en.mat tgh beratur tggu queue dlm buku resepi zla neh.kalo buat yg ni dulu kang, ader gak resepi lain terasa hati lak:)
ReplyDeleteTergoda.. yang ni.. yang sebelumnya.. dan yang sebelum2nya..
ReplyDeleteen mat, sedaplah tomyam nih. tq very much.
ReplyDeletemintak izin nak share kat diari saya yer..
matgebu...
ReplyDeleteminta izin nak try mana2 resepi yang berkenan ye...