Salam semua...waaa ni malam Jumaat kan...ehem ehem ramai yang tidur awal nampak, ok sebelum pak tua pun tidur juga, ingin nak share satu resipi roti olahan dari resipi roti yang pernah mat buat sebelum ni seperti disini... Mula2 tak de lah plan nak buat sangat, tapi sebab virus2 kerajinan dari Sis_Linn Bukit Indah, Johor Baru, telah terbang singgah ke Sedenak, maka terjadilah bun ini. Linn, koo demam ek, kesiann...mesti penat sangat..banyak2 berehat dan jangan lupa makan ubat. Tak pe hari ni aku sambungkan "sawan roti" yang ada kat koo ek. Ahad lepas masa di CH (Cameron Highland) mat ada beli halwa strawberry, hmm manis u, nak makan pun seram, tapi dok fikir, nak buat sesuatu lah dengan benda tu. Maka setelah dibuat pertimbangan, mat putuskan nak mencuba bun yang diadun dengan sedikit strawberry emulco dan dicampur dengan halwa strawberry.....
Menghasilkan kurang lebih 12 - 13 biji bun. Dalam pic tu mat saja2 letak dalam muffin cup saiz besar, kebetulan muffin cup tu ada gambar strawberry, jadi macam ngam pulak. Kalau tak nak, boleh buat bun macam biasa dan susun dalam loyang pembakar. Rasa roti ni tak manis sangat dan sesuai dengan halwa tadi tu bila dicampur ke dalamnya, pendek kata balance lah rasa dia...Kita semak resipi mudah ni yea. Rupa halwa strawberry seperti gambar dibawah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast (mauripan)
50 g mentega
60 g halwa strawberry
1 biji telur*
1/3 camca teh strawberry emulco*(*disatukan dan pukul sedikit)
120 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)
Sedikit mentega, untuk disapu atas rati.
CARA MEMBUATNYA :-)
Menghasilkan kurang lebih 12 - 13 biji bun. Dalam pic tu mat saja2 letak dalam muffin cup saiz besar, kebetulan muffin cup tu ada gambar strawberry, jadi macam ngam pulak. Kalau tak nak, boleh buat bun macam biasa dan susun dalam loyang pembakar. Rasa roti ni tak manis sangat dan sesuai dengan halwa tadi tu bila dicampur ke dalamnya, pendek kata balance lah rasa dia...Kita semak resipi mudah ni yea. Rupa halwa strawberry seperti gambar dibawah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast (mauripan)
50 g mentega
60 g halwa strawberry
1 biji telur*
1/3 camca teh strawberry emulco*(*disatukan dan pukul sedikit)
120 ml air suam (kalau guna Bread Maker, guna air biasa)
Sedikit mentega, untuk disapu atas rati.
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH ROTI :- Bancuh instant yeast dengan air suam hingga larut, biar berbuih. Sementara itu satu kan tepung, gula, garam, bread improver dan gaul rata. Tuang bancuhan yeast dan gaul. Tuang pula bancuhan telur, terus menggaul hingga adunan menjadi doh, masukkan halwa strawberry dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 minit). Bulat2kan doh, masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh roti ke dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
- UNTUK STRAWBERRY SWEET BUN :- Keluarkan doh tadi, tumbuk untuk membuang udara dan bahagikan doh kepada 12 atau 13 bahagian sama besar. Bulat2kan setiap doh dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, atau isi dalam muffin cup saiz besar seperti dalam gambar. Biar 45 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit hingga permukaan peerang. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega. Boleh hidangkan sama ada panas atau pun sejuk....
11 Comments
Mat, ko banyak sangat ke beli halwa stoberi tuh..mau kencing manis nnt..hehee..akak beli hari tu pun ada satu tipuware lgk..ntah x tau nak wat apa..selalu terlupa nak letak dlm kek ke, muffin ke..ingat lepas ni wat acar stoberi la pulak Mat..amacam? Hehe..
ReplyDeletesalam kak ummi..,
ReplyDeleteKak, saya mmg ada plan nak buat acar stoberi, ala2 acar buah...Akak buat dulu, kalau ok saya buat pulak...pstt rabbit suka makan stoberi juga ek?....hahaha.
Macam nak membuak keluar ko punya bun tu Mat oi... Cicah kopi O, sedap tuh!
ReplyDeletesalam mamafami...
ReplyDeleteBiasa lah maa, saya siap berjampi serapah bagai...tu yg membuak beno naiknyaa..hahaha..mcm pusat si bujal pun ada juga.
salam abang mat...
ReplyDeletetu dia...meroti aje kerjanya...
meleleq air liur nie...bila lagi nak pi jengah umah CMG..nak pinjam loyang....
ahaksss....
ReplyDeletepink rotinye....
ummu bukan termenggoda lg dah ni..
termenggila dah tgk roti pink nih.
hihihi..
tp harini malas lah nak menguli..
mintak sket boleh?
fuh kreatip betoi roti dalam bekas muffin stroberi..
ReplyDeletecantik2 la cup2 kat sini..geram nengoknye
adoaiii montoks gler roti nih! mana aku nak cekau halwa tuh erk mat!! berangan dululah!
ReplyDeletesalam puan siti...
ReplyDeleteTu lah, ni semua gara2 sis_linn bukit indah...sawan roti dah berjangkit..
salam ummu...
Cikgu, meroti ni kalau dah sekali buat, jadi gian...roti pink tu mcm mengerikan ke?. hehe.
salam hana...
Tu lah aku pun jumpa kat CH jee koo, kalau kat bawah2 ni halwa betik banyak leerr..
Hai cik Mat tengah2 malam ni tengok roti yang pink,gebu n montok jadilah amik bau n tengok gambar pun dah kenyang haritu dok tenung gambar nasi ayam cik Mat sampai termimpi mimpi tak jadi gak aku nak diet nak belajar wat roti lak kih3
ReplyDeletesalam aina...
ReplyDeleteBuat roti ni seronok, lepas tu kalau 1st time menjadi, terus jadi tergian nak meroti..lepas tu mula lah keluar mcm2 idea meroti timbul..