BEN ASHAARI

Monday, April 5, 2010

PENANG ASSAM LAKSA

Penang Assam Laksa
Assalammualaikum semua, salam Isnin, kita bersiaran kembali...Semalam dan kelmarin, pak tua mu ini berfoya2 ke pasar basah dan Tesco untuk memenuhi stok2 barang dapur...menyampah leer nak soping benda2 tu, bukan apa, dah lah mahal lepas tu nampak apa semua nak rembatz ...kena muhasabah diri ni, untuk mengawal nafsu berbelanja. Ok, hari ni mat share satu resipi yang nak buat dari minggu lepas dan terpaksa ditangguh atas sebab2 tertentu...Jadi hari ni kita mulakan operasai setelah semua bahan2 lengkap dan memenuhi syarat2 resipi. Mat tak berapa nak ingat kat mana dapat resipi ni, rasa2nya dah salin hujung tahun 2008 dulu..perghh lama betull!!!...Hmm kalau tak dari blog rakan2 mesti dari fotopages..ishh dah tua, otak pun macam ada karatz2 sikit...(kalau "karatz" berlian, lain lah juga...),

Penang Assam Laksa
Pada pendapat mat lah, dalam pembuatan laksa tak kira laksa dari mana2 negeri sekali pun, ikan memainkan peranan yang begitu penting. Kalau ikan tu segar, hmm laksa anda sudah pasti sedap dan lazat...kalau ikan tu dah arwah lama, rasa tu ok lah juga setakat "ok - ok" jee..lagi satu yang mat ingat, kalau laksa assam penang ni, kualiti "belacan" juga penting untuk menentukan rasa kuahnya. Satu yang istimewanya, nenas dicampur dalam kuah selain bahan2 lain. Kuah dia kan kalau 1 - 2 hari lepas tu, lagi sedapppp!!!... Paling bess dimakan bersama otak udang atau petis...tau tak petis tu apa..alahh yang kaler hitam pekat untuk membuat rojak petis tu...kalau tak tau, lain kali pi beli barang dapur, cuba jeling2 manja sikit....

BAHAN - BAHAN KUAH:-)
1 kg ikan kembong (mat guna kembong batu)
1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
Hirisan daun kesom
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (kalau suka)
Belahan limau kasturi
Petis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA ASSAM PENANG :- Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya. Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera....Hmmm sedap nihh...masa dok tulis ni pun, asyik terliurr jee...ahhh.. tak relaaa!!!!!!

14 comments:

hana said...

waduh mattt.... apesal la laksa ko nih mencengkam jiwakuuuu!! baru jerk ngeteh ngan keledek goreng td! teghase lapau balik! bak semangkukkkk!!! petis lebih!! hihihi....

mohdandmeriam said...

salam mat..makcik terliur betul laksa asam mat ni..tambah2 dihidang dalam mangkuk antik n cantik ni..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abg mat..rindu betul kat barang antik abg mat tu..(2 ari kurasakan 2 minggu)...

kalau lah umah kita dekat sure ayu minta 2 pinggan...hu3, ayu nie bab laksa leh abiskan 2,3 mangkuk..dah lama tak makan laksa, terima kasih lah syer resepi nie..sure ayu buat 1 ari nanti.., yg buat sedap bila bunga kantan tu kita amik kat belakang umah..still fress, ranggup gitu...

abg mat, moga kita dpt bertemu..nak gak antor paste bandung 1,2 bungkus ke umah abg mat...(bagilah alamat ke email ayu)...

shaiful said...

Salam Che Mat, i ni org penang mengikut pakar2 buat kuah laksa ikan mesti 2 hari baru kuahnya sedap. betul kata mat depend on quality belacan, klu belacan sedap kuahnya mesti terangkat-angkat. Jgn lupa blender bawang besar bnyak2 itulah yg org2 penang perturun ilmu laksa depa. Mai le Mat jln2 kat pg ni buleh i bawa mkn laksa pucuk janggus kat balik Pulau.

ima said...

salam mat...wow sedapnya laksa penang ni...memanggg suka...tapi tak pernah lagi cuba buat sendiri...dah lama teringin nak cuba tapi tak tahu kenapa tak terbuat2 lagi...dan nilah pertama kali saya tengok resepinya masuk ikan sardin...mesti lebih sedap dari biasakan..

aminatulmimi ismail said...

salam cek mat.teliur tgk laksa cek mat. mak saya tokey laksa kat kedah. tp ank dia sorg ni xreti reti jugak msk laksa. rasa rugi jugal klu x bljr.. tp malas! hehe~

Mat Gebu said...

salam hana...
Tu lahh ko jauh beno..kalau dekat boleh tukar2 juadah, sambil tu tukar2 gossip sekali..ahaks,

salam mohdandmeriam...
Laksa tu sesuai juga kan digandingkan dengan mangkuk2 antik...dia nampak "ngam2"..

salam puan siti...
Tu lah, laksa ni kira orait lagi utk yg diet, sebab semua main rebus dan disertakan dengan ulam2 yang kaya dengan khasiat...oo ok nanti saya email yeaa...ala, buat susah2 jee..

salam shaiful...
Terima kasih kongsi tips...hmm laksa pucuk janggus..1st time dgr nihh, menarik jee..janggus = gajus kan?...

salam ima...
Yep resipi asal yang saya salin tu dulu, dia kata ini resipi dari sorang peniaga yg jual laksa assam penang...

salam aminatulmimi ismail....
Wowwww...anak tauke laksa singgah blog ceq laaa...ishh terharu ni, esok balik Kedah pi nuntut, pas tu ajar saya pulak..hehehe

Ummi said...

Wooowww, weeeee..meleleh air liur tgk laksa ko ni Mat..itu cili kalau gegeett mmg jadi Incredible Hulk eh..cili betul ke tipu? Hehehe..xpa kalau jadi Incredible Hulk akak makan dgn pinggan2 ko yang cantik menawan tu..! Menci tul la tayang pinggan2 cenggini..senak jeless mata kita tgk taaauuu...hehe

TokNabe said...

Aduh che mat...... tengok saja pun menitik air mata.... air liur tak sah ceritalah.

MamaFaMi said...

Mat, ikan kembung batu? Ish ish ish, tak patah ke gigi kalau makan tu? Ate.. batu, keras ler.. hihi.. ampun Mat, jangan ko layan mama ni.. memang buta ikan. Yang tahu, dua tiga jenis ikan tu je...

Apa-apa pun, tengok gambor je pun dah tahu sedap le Mat... nak buat je macam kurang rajin sebab malas nak deal dengan ikan sebenornya. Tapi manalah tahu, kot satu hari nanti, dapat hidayah, mama buatlah guna ikan sadin je kot...

p/s: Ko sihat Mat? Lama ko nyombongkan diri dengan ma ye.. tak pe... ada ubi, ada kerepek ubi! Kah kah kah!

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Uikk dah sampai ke rumah yeaa...jam berapa abg "turun" tadi kak..hahaha, mati lah kena fire!!...makan dengan pinggan...hahaha, biar betik (eh, betik sekarang kena sakit "lecur" kesian betik..hahaha).

salam tok nabe...
Itu resipi tertangguh minggu lepas...nasib baik jadi buat...

salam mamafami...
Tu lah kan ma, kalau dekat sure tapaw kan..oooo mama tatau ek kembong batu. Yang saya tau ada kembong hijau dan kembong batu...tapi kembong batu tu bukan lah fosil atau pra-sejarah punya ikan..cuma nama glamer2...mama pun nampak BZ jee, jadi takut nak kacau.

Suejoshua said...

Mat, laksa nko tu kan buat air liur aku menjejeh-jejeh mat! nko ni kijam r Mat, mana aku nak cari bahan kat sini, nak jumpa ikan kembong batu pun tak nampak bayang, tapi leh pakai ikan kembong biasa kan..tingat kat mak aku, suka beli ikan kembong batu pas tu masak singgang, huhu
Mat, cili padi merah tu kalau tergeget, maunya berasap telinga! tapi hangat, best! best!

Mat Gebu said...

salam sue...
Alahh hai kesiannya koo, eh ko demam ek, aku punggg, tapi deman2 manja jee..masa demam ni lah pekena laksa assam paling nikmat...aku siap perah itu limau kasturi kasi masam lagi...cili padi tu eksen jee, aku hiris 1 biji je dah berapi..lebih2 kang mau tidur kat tepi pintu toilet pulak, ikan kembong batu tu buat singgang mmg sedappp...

radz kaber said...

berselera betui tengok gamba laksa nie.... nak cuba gak!


www.mnmforlife.blogspot.com