Penang Assam Laksa
Assalammualaikum semua, salam Isnin, kita bersiaran kembali...Semalam dan kelmarin, pak tua mu ini berfoya2 ke pasar basah dan Tesco untuk memenuhi stok2 barang dapur...menyampah leer nak soping benda2 tu, bukan apa, dah lah mahal lepas tu nampak apa semua nak rembatz ...kena muhasabah diri ni, untuk mengawal nafsu berbelanja. Ok, hari ni mat share satu resipi yang nak buat dari minggu lepas dan terpaksa ditangguh atas sebab2 tertentu...Jadi hari ni kita mulakan operasai setelah semua bahan2 lengkap dan memenuhi syarat2 resipi. Mat tak berapa nak ingat kat mana dapat resipi ni, rasa2nya dah salin hujung tahun 2008 dulu..perghh lama betull!!!...Hmm kalau tak dari blog rakan2 mesti dari fotopages..ishh dah tua, otak pun macam ada karatz2 sikit...(kalau "karatz" berlian, lain lah juga...),

Penang Assam Laksa
Pada pendapat mat lah, dalam pembuatan laksa tak kira laksa dari mana2 negeri sekali pun, ikan memainkan peranan yang begitu penting. Kalau ikan tu segar, hmm laksa anda sudah pasti sedap dan lazat...kalau ikan tu dah arwah lama, rasa tu ok lah juga setakat "ok - ok" jee..lagi satu yang mat ingat, kalau laksa assam penang ni, kualiti "belacan" juga penting untuk menentukan rasa kuahnya. Satu yang istimewanya, nenas dicampur dalam kuah selain bahan2 lain. Kuah dia kan kalau 1 - 2 hari lepas tu, lagi sedapppp!!!... Paling bess dimakan bersama otak udang atau petis...tau tak petis tu apa..alahh yang kaler hitam pekat untuk membuat rojak petis tu...kalau tak tau, lain kali pi beli barang dapur, cuba jeling2 manja sikit....

BAHAN - BAHAN KUAH:-)
1 kg ikan kembong (mat guna kembong batu)
1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
Hirisan daun kesom
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (kalau suka)
Belahan limau kasturi
Petis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA ASSAM PENANG :- Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya. Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera....Hmmm sedap nihh...masa dok tulis ni pun, asyik terliurr jee...ahhh.. tak relaaa!!!!!!