Apple Crumble Muffin
Salam petang Isnin buat semua, dah minum petang ke...apa menu makan tengah hari tadi?... Macam dah lama tak buat muffin kan, jadi hari ni mat cuba lah satu resipi ni, sebab nampak macam sedap banget dannnn memang sedap u... "apple crumble muffin", guna apple hijau dan ditaburi dengan "crumble" yang rangup bila siap dibakar, bau dia tak payah katalah harum satu rumah. Budak2 pasti suka muffin ni, bapak budak pun suka juga, tapi nak makan lebih kang takut pulak, maklumlah dah tua....

Apple Crumble Muffin
Buat dia kan senang sangat, main kacau2 lepas tu lebur, masukkan dalam muffin cup atau paper cup, tabur crumble dan bakar. Lepas 25 minit dahhh siap, boleh lah hidang untuk minum teh atau buat bekal untuk anak2 kesekolah, tak pun buat untuk majlis hari jadi kee... Kalau ajak anak2 buat sekali pun seronok juga...at least dapat lah bersama mereka dalam keadaan yang lebih berkualiti, eh macam tak sangka pulak boleh tulis ala2 formal gitu...erkkk.....adakah aku bermimpi...hahaha, ok lah jom semak resipi, kot2 ada yang sudi nak mencuba bila ada masa terluang......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
75 g mentega cair
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum*
60 g mentega, dadu kecik2 dan sejukkan*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 cawan gula pasir kasar*(*bahan untuk crumble)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
CATATAN MAT GEBU :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....