APPLE CRUMBLE MUFFIN

Apple Crumble Muffin
Salam petang Isnin buat semua, dah minum petang ke...apa menu makan tengah hari tadi?... Macam dah lama tak buat muffin kan, jadi hari ni mat cuba lah satu resipi ni, sebab nampak macam sedap banget dannnn memang sedap u... "apple crumble muffin", guna apple hijau dan ditaburi dengan "crumble" yang rangup bila siap dibakar, bau dia tak payah katalah harum satu rumah. Budak2 pasti suka muffin ni, bapak budak pun suka juga, tapi nak makan lebih kang takut pulak, maklumlah dah tua....

Apple Crumble Muffin
Buat dia kan senang sangat, main kacau2 lepas tu lebur, masukkan dalam muffin cup atau paper cup, tabur crumble dan bakar. Lepas 25 minit dahhh siap, boleh lah hidang untuk minum teh atau buat bekal untuk anak2 kesekolah, tak pun buat untuk majlis hari jadi kee... Kalau ajak anak2 buat sekali pun seronok juga...at least dapat lah bersama mereka dalam keadaan yang lebih berkualiti, eh macam tak sangka pulak boleh tulis ala2 formal gitu...erkkk.....adakah aku bermimpi...hahaha, ok lah jom semak resipi, kot2 ada yang sudi nak mencuba bila ada masa terluang......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
75 g mentega cair
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum*
60 g mentega, dadu kecik2 dan sejukkan*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 cawan gula pasir kasar*(*bahan untuk crumble)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
CATATAN MAT GEBU :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....

Post a Comment

11 Comments

  1. Salam, Cik Mat. Nanti datanglah rumah sy amek banana crumble muffin seketul ya. Jangan lupa bawakan sy seketul Apple Crumble Muffin Cik Mat pulak.. hehe

    ReplyDelete
  2. Best2! Nak try lah..

    ReplyDelete
  3. salam mat...mengancam sungguh apple crumble nih...nnti nak try la...skrg pun mmg musim apple nih...hehehe

    btw mat, klu rajin, try la resepi tiramisu kat blog saya tuh..mudah je resepinyer...nak wat pun senang...hehehe...

    ReplyDelete
  4. Byk sngat resepi baru dlm ni mat, x sempat akak nak buat.. tengok je le..

    ReplyDelete
  5. CMG..mudah2an mimpi jadi reality ..amin..BTW..apple crumble tu mmg mengancam gile..kite tak pernah buatlah ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wahai Cik Mat si parang tajam...eh salah... Cik Mat Gebu... hehe...

    Ini ada sedikit kemusykilan berhubung dengan ayat yang Cik Mat tuliskan di dalam entry...
    [Quote}Kalau ajak anak2 buat sekali pun seronok juga...at least dapat lah bersama mereka dalam keadaan yang lebih berkualiti[Unquote]
    Soalannya : Adakah Pak Su akan mengajak anak-anak buahnya, sama-sama membuat apple crumble muffin di dalam dapur Pak Su yang vogue itewwwwww? Ahaks...

    Apa-apa pun, muffinmu memang mengancam kalbu....

    ReplyDelete
  7. salam sari...
    Waaaa..kebetulan kan, kalau dok dekat kita tukar2 mufffin..tuu dia musim muffin sudah mari..

    salam cactus...
    must try this one...insya allah tal nyesal...

    salam wanyg best..
    Insya allahh, mmg saya kan dah lama nak buat tiramisu, tapi wan tau jelah di malaysia ni keju mahal, lagi kalau keju mascarpone yang betul2 depa guna utk buat tiramisu tu...boleh pitamm tgk harga dia....

    salam umialya...
    Tak pe, saya letak sebagai rujukan untuk semua termasuk diri saya sendiri...

    salam datin el...
    Saya pun 1st time try, tapi serius nih nak kata, berbaloi mencubanyaa datinn...kalau lah takut manis kan, crumble tu datin tukar gula pasir pada gula peerang..

    salam mamafami...
    hahaha..for ur information dear mama, pak ucu dia buat sesorang, aku kalau ada budak, sah2 leer jadi haru, sebab sibuk tanya, yg ni bila nak letak, yg ni bila..lama2 dgn budak2 tu aku masukkan sekali dalam adunan kek!!, lebih rela baking sesorang dari beramai2...hehe

    ReplyDelete
  8. salam cikmat....saya budak baru blaja..:) nak tanyer sikit la,klu cikmat x k'beratan....mentega cair 75gm tu nak timbang masa dah cair or sblm di cairkan...
    t.ksh yer cik mat..."tunjuk ajar kusifu.." hehehe

    ReplyDelete
  9. salam ismaliana...
    Ok, mentega tu timbang dulu then u cairkan yeaa.....

    ReplyDelete
  10. salam cik mat..t.kasih sudi kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  11. Salam Encik Mat.

    Nak tanya, kalau butter tu saya ganti dengan margerine jadi tak? Lupa plak nak beli butter tadi.

    Terima kasih!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.