BEN ASHAARI

Tuesday, October 27, 2009

KUIH KASWI LAPIS

Kuih Kaswi Lapis
Salam petang Selasa semua, dah minum petang ke?... Nampak menarik kan kuih kaswi lapis tu, resipi asal dari rumah "Kak Rinchan" yang pakar memasak dan juga pakar menangkap gambar. Dah lama mat plan nak buat, tapi tak buat2 juga. Hari ni mat cuba juga lah buat dan hasilnya seperti dalam gambar..Sedap, kenyal2 dan lagi sedap dimakan bila kita gaulkan kuih tadi dengan kelapa. Pilih kelapa yang kulit basah, baru lah sedap, jangan kelapa tua nanti berhampas.. Tapi orang tua lain yeaaa!!!!!

Kuih Kaswi Lapis
Kuih macam ni lambat rosak sebab bahan2 dia pun tak de santan, kecuali kelapa tu. Kalau nak tahan lama, kelapa parut harus dikukus 4-5 minit. Lagi satu tips, untuk mendapat potongan yang licin, alaskan sehelai plastik bersih atas kuih, dan potong kuih dengan menekan pisau atas plastik tadi, hasil potongan kuih licin dan tak sememeh, pisau pun bersih tak melekit2. Kat FP kak rinchan, dia syorkan alas plastik pada dasar loyang kuih sebelum menuang adunan kuih kaswi, tujuan untuk mengelakkan kuih melekat. Mat guna loyang berukuran 11 inci....boleh makan ramai2 sebab jadi banyak!!!

BAHAN "A" :-)
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan tepung ubi*
1 camca besar tepung pulut*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan gula merah (mat guna gula melaka)
1/2 cawan gula pasir (mat guna 1/3 cawan)
3 cawan air
2 camca teh air kapur

BAHAN "B" :-)
7 helai daun pandan, kerat kecil2*
150 ml air*(*kisar dan tapis untuk jusnya)
3/4 cawan gula pasir
400 ml air
150 g tepung beras*
70 g tepung ubi*(*digaul rata dan ayak)
1 camca teh air kapur
Beberapa titik pewarna hijau

BAHAN "C" :-)
Kelapa parut secukupnya, kukus sekejap
Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi loyang. Alas dasar loyang bulat dengan plastik bersih (potong ikut saiz dasar loyang). Ketepikan.
  2. Dalam alat pengisar, kisar semua bahan "A" hingga sebati dan halus, tapis ke dalam satu bekas. Kemudian kisar semua bahan "B" hingga sebati dan halus, tapis ke dalam satu lagi bekas.
  3. Sukat bancuhan "A" sebanyak 400 ml, tuang dalam loyang tadi dan kukus 10 minit. Kemudian tuang pula bancuhan "B" sebanyak 400ml, kukus 10 minit. Buat secara berselang seli hingga habis. Masa kukusan untuk setiap lapis selama 10 minit.
  4. Akan menghasilkan 3 lapisan gula merah (bancuhan "A") dan 2 lapisan pandan (bancuhan "B"). Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
CATATAN MAT GEBU :- Kacau bancuhan tadi bila hendak menyukat dan ketika menuang ke dalam loyang.

13 comments:

ain said...

molek sungguh lapisan kaswi cik mat!!!cute mute!!!

Watierman said...

Assalamualaikum Cik Mat....berkenan betul dengan kaswi berlapis cantik gitu....kalau berkesempatan kita nak minta kebenaran try resepi tu yer...!!Ish2...cantik sungguh...nak makan pun sayang tapi dah teliur dah ni!!!

Aishamirafiq said...

One of my favourite...cuma tak pernah nampak yg berlapis
Mesti Sedap !!! Nak cuba buat...

Ummi said...

Mat, cantiknyaa lapisan dia..bagai diukur2 je lapisnya tuh..Akak ni blm ada kerajinan lg nak wat kuih-muih sejak balik raya nih..Tapi ko pnya promo tu buat akak rasa nk try pulak..hehe (Ish ish..datangkanlah semangat rajin kepada diri ku ini, aku kempunan kuih kaswi lapis nih..huhuu)

Anak Mami said...

cik mat, saya nak tanya sikit, tapi bukan in regards to this entry tau..

saya ada amik resepi cik mat, choc chip muffin tu. dah buat ikut sukatan semua. bila masak, muffin naik cantik, shining lagi tapi pasai pa tengah dia tak masak eh... sebab oven kah atau saya ada buat salah apa apa?

mintak tolong cik mat ajaq sikit boleh?

rinnchan said...

Ish ish ish....anak peranakan ni laaaa.
Kaswi lapis Mat ni memang dah nampak macam kuih nyonya warnanya... Menawan gitu.
Kan kuih-muih nyonya esp yg jenis lapis2 tu suka bubuh warna-warna...heh heh heh... Teringat kuih lapis Mat yg ada kaler biru tuuuu....

E-na Zarina said...

tengok gmbar dah terpikat! sedaaapnya...:-)

Raihan Shaari said...

masuk je dapur cik mat ni, rasa macam nak masak semua benda... tapi tak cukup masa, ngan tungku dapur... heeeheh.. lagipun dah masak macam2, siapa tukang makannya pulak ye..

K.An ingat kena ada ramai anak angkat dekat2 rumah boleh ajak makan ramai2.. jiran pulak, bila selalu hantar makanan, diorang pandang pun semacaaam je.. agaknya kita je yang hantar makan kot..

anyway..kuih kaswi lapis tu memang mengancam.. tq mat dan k.rinn kongsi resepi

jus call me ida.. said...

jeles btulll la tgk kueh kaswi ni! huhu..
terrer la mat gebu!
tqvm berkongsi ilmu masakan..
i tanam impian je la dulu..nak buat nyer.. ntah biler la ada kelapangan..

Am-flora said...

salam cik mat, cntik-manteknya kueh kaswi tu.. boleh bagi markah penuh! saya prnah gak buat tapi x ingat lak resepi sape? mmg cntik kaler dia..mngancam betul! tapi cik mat nyer lagilah..x trlawan dibuatnya!!!!

Lydia said...

Sy mesti beli kuih ni bila gi pasar petang kat tempat I ni. 5 ketul RM1, share2 dgn John.

Nak buat juga lah... lepas bersalin kot? hahaha... malas ni, makan je rajin.

fzmenu said...

Salam cik mat...
Ohh cantiknya kaswi tu...dah tentu sedap rasa tuh... :)
Akak mintak izin ambik resepi muffin ya cik mat... dah siap publish pun dalam blog akak.. Tqvm

Ruby said...

hai mat, kueh kasuwi mat ni nampak begitu sedap and terliur pulak...hati nak cuba buat tapi....kat sini mana ada kapur sireh. kalau tak ada kapur bolih diganti dgn apa? Nampaknya tak dapet lah nak buat, nengok ajer ler gambor kueh mat. kempunan akak...nak balik malaysia pun tak tahu bila tahunnya, tak nampak bayang pun. mat ajer lah kerumah akak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.