SUP AYAM MAT GEBU

Sup Ayam Mat Gebu

Walau pun dah banyak kali mat letak resipi buat sup ayam, tapi setiap kali buat, rasa dia agak berbeza....Apa salahnya kan kita letak lagi resipi....Sup nie senang, orang yang sibuk bekerja pun boleh buat, budak2 pun suka. Sesuai lah kalau nak makan dengan mee hoon, mee kuning, nasi impit, roti atau pasta......nak power lagi, jangan lupa lada kicap di sertakan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi"
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (BAHAN TUMIS)...
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka...

Post a Comment

8 Comments

  1. sedapnya nampak padahal baru pas gak buat sup ayam semalam.

    ReplyDelete
  2. salam mat,

    saya rasa....walau apa pun resepi yg mat tunjuk dalam blog mat ni, gambarnya tidak pernah nampak tidak sedap pada mata saya....trima kasih kerana membantu saya dalam masakan harian....blog mat banyak membantu.

    ReplyDelete
  3. salam...
    betul tu mat,nape ek,setiap kali masak,setiap kali rase lain..20x masak jd 20x lain rase...pelik ek?ikut mood agknye...hehehe

    ReplyDelete
  4. Sup ayam ni memang kegemaran keluarga krinn. Seminggu sekali mesti tak pernah lepas dari buat sup ayam... Sup ayam krinn ringkas aje. Sup ayam Mat macam style mamak pulak nampaknya. Apa-apa pun, sup ayam mmg hidangan yang sedap.... hmmm.... kalau ada sambal kicap tuu...lagiiiiiiiiii lah sodaaap !!!!

    ReplyDelete
  5. Mama pun masak sup ayam hari ni. Tak masak nasi pun sebab mama mogok. Hari-hari masak nasi asyik tak habis je. Kalau nak buat nasi goreng pun rasa dah tak lalu nak masak inikan nak makan. Jadinya sup ayam tadi cicah dengan roti je. Agaknya musim panas ni buatkan selera makan terbantut la. Bagus juga untuk makhluk-makhluk seperti mama ni... kotlah leh kurang sket beratnya tu... hahahaha...

    ReplyDelete
  6. ain...
    Musim2 panas ni, tekak lalu makan sup saja..lagi satu kan, masak singgang..mmg i punya feberet.

    jane...
    sama2...mat pun berterima kasih pada blogger2 dan fp2 yang byk berkongsi ilmu...

    sis - linn..
    tu lah, ikut mood agaknyakan...nasib baik masak nasi tak jadi lagu tu...hahaha

    rinnchan...
    Tulah kak rin, kalau boh lada kicap, adoii berpeluh u...kalai time2 demam, mmg elok buat hangatkan tubuh...

    mamafami...
    hahaha..mama, kalau mama makhluk halus, ceQ ni lagi leer haluss (tanya kak rin kalau tak caya)...tapi sup/singgang/asam rebus memang sesuai utk masa dan keadaan sekarang ni kan....

    ReplyDelete
  7. baru tgk gambar dah menitik air liur....kalau depan mata, tak tahulah...org tak jemput kita ngap sendiri...

    ReplyDelete
  8. Betul tu che mat...10 kali masak resepi yang sama, mesti 10 rasa yang agak berlainan. Bagaimanapun, saya suka blog che mat, resepi resepi nya praktikal dan sesuai serta senang di ikuti.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.