KERABU BUAH KUINI.....AGAINNN!!!!

Kerabu Buah Kuini

Jom makan kerabu buah kuini...Pernah buat dulu, tapi maklumlah buah kuini kan bermusim, jadi nak membuatnya pun ikut musim jugak laa...Selain buah kuini, buah bacang pun boleh juga digunakan sebagai ganti, cuma buah bacang ni serat dia agak banyak...Ok tak nak tunggu lagi, cepat buat, sedap ni makan dengan nasi......

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 biji buah kuini
1 biji bawang besar
1 1/2 cawan santan
1 camca besar lada hitam biji
1 inci belacan, dibakar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci bersih buah kuini, kupas kulitnya dan racik halus isi buah tadi, bawang besar dimayang halus. Satukan bersama buah kuini tadi dan ketepikan.
  2. Tumbuk lada hitam dan belacan hingga lumat, tambah gula (anggaran 1 camca besar) dan tumbuk hingga halus. Ceduk keluar bahan2 tumbuk dan masukkan ke dalam santan, tambah garam secukup rasa dan kacau rata.
  3. Tuang dalam no. 1 tadi dan gaul rata. Boleh dihidangkan segera atau disejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.
KERABU BUAH KUINI.....AGAINNN!!!! KERABU BUAH KUINI.....AGAINNN!!!! Reviewed by Mat Gebu on 5/01/2009 12:13:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. adoiii...ni yg x tahan ni. kecur weii!

    ReplyDelete
  2. waduhhh sodapnye mat...mkn dgn sambal belacan..perghhhh ngencissss ko aku ni...adehhhh

    ReplyDelete
  3. ain...
    Kecur jgn tak kecur..heheheh

    sis - linn...
    Makan tu je dengan nasi dah sedap, tapi rasa dia "hangat2" sikit ler sebab ada lada hitam...

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.