SAMBAL PEDAL & HATI BERPETAI

Sambal Pedal & Hati Berpetai

Ini kira ala2 sambal goreng jawa gitu...Eh betul u, orang2 jawa suka tau masak2 macam nie, kalau luu tak caya waa cakap, boleh tanya Hana yang dok Jepun tuu...dia tu "JAWA' koooo..speking jowo pun bolehhh...Macam mat ni kira dah fusion, jawa kawin peranakan cina, jadi guaa kira sudah jadi rojak laaa.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 hati ayam, dibersihkan*
5 pedal ayam, dibersihkan*
1 cm halia, dititik*
2 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh garam*(*disatukan dan rebus 5 minit dan toskan)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih, dihiris halus
8 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
3/4 - 1 cawanisi petai
1 cekak suhun, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 inci belacan, hancurkan dengan 1/3 cawan air
1/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati dan pedal rebus tadi, dihiris kecil, gaulkan dengan serbuk kunyit. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hati dan pedal tadi sekejap. Tolak ke tepi kuali, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau. Tumis hingga layu.
  2. Kacau semua bahan tadi. Tuang bancuhan belacan, asam jawa dan sos tiram, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Perisakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan suhun tadi dan gaul rata. Masak hingga suhun lembut, rasa dan jika boleh diangkat. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng....
SAMBAL PEDAL & HATI BERPETAI SAMBAL PEDAL & HATI BERPETAI Reviewed by Mat Gebu on 5/03/2009 02:57:00 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Walaupun tak pernah masak campuran begini tapi krinn boleh rasa yg lauk ni memang sedap mcm sambal goreng jowo tuuuuuu......

    ReplyDelete
  2. rinnchan...
    kak rin...abah kita kan org jawa...dia mmg suruh masak style mcm ni...kalau balik kampung di Pontian.. ada macam2 style lagi depa masak....peningg woo pala..

    ReplyDelete
  3. Mat, akak pun bukan tekak jawa tp tengok gaya ko masak ni macam nak masuk puak jawa gak laaa...mesti sedap nih! O baru tau, ko ada darah jawa+baba nyonya ya Mat..oooooo...Ingat baba nyonya jek :D

    ReplyDelete
  4. encik mat,
    masakan jawa mana letak sos tiram encik mat. mmm..lagi kaww kalau guna cili padi n bubuh tempe goreng(xgaring) yang dipotong dadu.
    ya ampun... enak banget!!!

    ReplyDelete
  5. banyak versi sambal goreng....boleh cuba2 ni...

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.