GULAI SIPUT SEDUT

Gulai Siput Sedut

Tau tak nak memasak siput sedut ni satu pekerjaan yang agak leceh, nak cuci siput, pastu nak potong "montot" dia lagi..pastu cuci lagi bersih2 menggunakan tapis, untuk mengasingkan serpihan2 halus kulit siput tu. Yang bestnya masa makan, bukan je bising tapi meriah u dengan bunyi ala2 orang bertukang....Dulu2 mat dah pernah masak dalam n3 terdahulu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 cekak pucuk ubi
1 cawan pati santan*
1 liter santan cair*(*dari sebiji kelapa parut)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

A... (KISAR HALUS)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
5 biji cili padi (optional)
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput dicuci hingga bersih, potong sedikit bahagian hujungnya. Letak dalam tapis dan cuci lagi untuk mengasingkan sepihan kulit siput, kemudian toskan. Pucuk ubi diasingkan tangkainya, cuci dan ramas hingga sedikit layu, perah dan toskan.
  2. Dalam periuk masukkan bahan kisar "A", serai, asam gelugor, pucuk ubi yang diramas tadi dan siput. Gaul hingga rata dan masak hingg pucuk ubi layu.
  3. Tuang santan cair dan masak hingga pucuk ubi lembut (kalau perlu tambah sedikit air), tuang pati santan dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin goreng.....Mesti bising dengan bunyi "nyot2" masa makan tuu...awwww seksi u!!!...
GULAI SIPUT SEDUT GULAI SIPUT SEDUT Reviewed by Mat Gebu on 5/03/2009 03:33:00 PM Rating: 5

10 comments:

  1. NI laki krinn punyer fevret. Krinn tak reti nak menyeduuuuuuuuutttttt......keh keh keh !!!

    ReplyDelete
  2. pandai makan jer....tak penah try masak lagi spjg idup neh sebab tak reti nak proses siput tuh....hehe

    ReplyDelete
  3. Rinnchan...
    Kalau nak makan ni, kena ratah mcm tu je..lagi satu kan...kalau dah pandai makan, jadi ketagih, lepas satu, satu..lepas satu, satu, tau2 habis satu mangkuk!!!

    Lynna...
    Memang laa. proses dia leceh tau. Ada kala kami cuci siput tu guna "water gun" yg guna utk cuci kereta tuu..kalau guna tu sah2 lah siput tu jadi bersih teramat sangat...

    ReplyDelete
  4. perghhhh Mat....mana la nak carik water gun kat umah ni keta pun tadak haha....guna pistol air boley? hehe ;p

    ReplyDelete
  5. Lynna...
    Basuh guna berus sabut (pastikan yg bersih) pun ok...kalau ada pelepah pisang pun boleh juga...

    Sara Jane Lulung...
    memang sedap kan siput sedut..tapi leceh nak makan, bunyi bising!

    ReplyDelete
  6. oic....tengkiu for the petua tuh Mat....kat cni kalau pelepah pisang tuh mmg payah la nak jumpa....kalau berus sabut tuh bolehh la diusahakan....tapi bila la nak buat ni hehe

    ReplyDelete
  7. my favorite kalau masak lemak cili api, letak batang keladi ngan daun kesum...mmg sedap

    ReplyDelete
  8. datin zai...
    Sama lahh selera kita..tapi malangnya abah kita tak boleh makan pedas.....

    ReplyDelete
  9. Mat, aku malas nak masak ni, kadang sedut bagai nak rak, tak keluar pulak siput tu.. anyway, kalau org lain masak, nak le. hehe, thanks singgah blog kita.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.