ROTI MAMA FAMI

Roti Mama Fami

Kertas yang salin resipi roti "Mama Fami" ni dah naik lebam, kena kunyit lain, terpercik cili kisar lain, tapi tak buat2 jugak, walhal tak delah payah mana, bagi mat buat roti menjadi mudah dengan ada nya Bread Maker, semua lambak dalam tu, pilih setting untuk doh dan tekan "ON"....tau2 doh dah siap untuk kita model kan...

Roti Mama Fami

Oleh kerana doh ni cuma "basic sweet dough", kita boleh buat apa2 bentuk dan pattern yang kita gemari, bukan nak pujilah, tapi hasilnya memang lembut, gebu dan ayuuu, macam mama fami gitu uuu..ahakss!!!!....

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....

Post a Comment

5 Comments

  1. Aduh Mat, kelu jari nak menaip komen nih! Terkesima sejenak pabila terpandangkan kejelitaan roti mu iteww.... andainya bisa ku gapai, dah lama selesai! Muahahaha...

    OOoo kalau nak roti jadi cantik cam Mat punya tu, kertas resepi tu kena biarkan lebam dan terpercik segala bagai eh Mat? Mmm.. agak-agak, saper nak cuba dulu experiment ni? Ahakss.. gurau je Mat.

    Whatever it is, wa suspek lu la Mat, cantik banget roti tu okay... Caaayalah!

    p/s: Psst.. jangan ler up saham ma lelebih, memulas rasa perut nih ha. Hihihi...

    ReplyDelete
  2. hehehe... t'sengih sara baca komen mamafahmi kat ateh tu :D

    btw... kte pun dah lame pasang angan2 nak beli 1 breadmaker. tp cik abg kte kata takat nak buat roti sethn sekali tu tak b'baloi kalu nak beli.. uhuhuuu. betui gak kata die tu. simpan je la dulu hasrat den

    ReplyDelete
  3. mat & mama..gluten tu rupanya cam maner? apa tujuan guna gluten? serbuk2 ker? kat supermarket ada tak?

    ReplyDelete
  4. mamafami...
    Alahh mama, kami ikhlas laa puji tak de maksud apa2..tapi mmg betul mama roti tu sedap. nanti nak pi cari "gluten" tu, and try lagi, nak tgk hasil dia mcm mana..apa2 pun terima kasih byk2 yeaa mama kerana sudi berkongsi ilmu dan resipi..moga allah memberkati mama yeaa..

    Ibu anis & auni...
    Breadmaker ni bukan setakat leh buat roti je, mcm mat punya boleh bakar kek (jenis simple), buat jem dan lagi satu setting utk uli doh tu kita boleh uli roti canai...kalau ada rezeki tak salah rembat satu..ahaks...

    Jo...
    Jo. gluten tu mat sendiri tak pernah nampak, nanti nak pi cari, dia mcm tepung kaler putih, u boleh tgk kat fotopages mamafami, ada sample kat situ and lagi satu benda2 mcm ni kat kedai baking mmg ada jual, kalau kat pasaraya di M;sia ni mmg payah nak dpt...tapi tatau lah yeaa kat luar negara.

    ReplyDelete
  5. kalau takde gluten bread improver n softener tue ade pape yg leh ganti tak??self raising flour ke??.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.