Roti Mama Fami

Kertas yang salin resipi roti "Mama Fami" ni dah naik lebam, kena kunyit lain, terpercik cili kisar lain, tapi tak buat2 jugak, walhal tak delah payah mana, bagi mat buat roti menjadi mudah dengan ada nya Bread Maker, semua lambak dalam tu, pilih setting untuk doh dan tekan "ON"....tau2 doh dah siap untuk kita model kan...

Roti Mama Fami

Oleh kerana doh ni cuma "basic sweet dough", kita boleh buat apa2 bentuk dan pattern yang kita gemari, bukan nak pujilah, tapi hasilnya memang lembut, gebu dan ayuuu, macam mama fami gitu uuu..ahakss!!!!....

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....