BEN ASHAARI

Sunday, March 23, 2008

KERABU BOK NEE

Kerabu Bok Nee atau "Black Fungus Kerabu", makanan istimewa nyonya peranakan terutama yang berasal dari Pulau Pinang. Sedap dan unik...

Bahan-Bahannya :-)
20 g black fungus (seperti gambar dibawah)
1 keping dada ayam
7 biji bawang merah, dihiris halus
1 camca besar kerisik
2 kuntum bunga kantan, dihiris halus
1 batang serai, dihiris halus2
2 camca besar sambal belacan (resipi dibawah)
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sambal Belacan :-)
100 g cili merah
5 biji cili padi
25 g belacan, dibakar
Secubit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Rendam black fungus dalam air panas hingga kembang (lebih kurang 10 minit), cuci dengan air biasa dan gunting bahagian keras nya dan cuci bersih, rendam kembali dalam air panas yang baru selama 10 minit. Toskankan dan hiris halus2. Ketepikan.
  2. Dada ayam dibersihkan, kelar2 dan tabur sedikit garam dan lada hitam kisar, perap 10 minit dan kukus hingga masa (kurang lebih 15 minit). Angkat, sejukkan dan siat2 halus. Ketepikan.
  3. Tumbuk lumat bahan2 sambal belacan dengan lesung batu. Masukkan ke dalam satu bekas besar, satukan bawang merah hiris, bunga kantan hiris, serai hiris, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Masukkan hirisan black fungus dan daging ayam tadi, gaul rata2 dan masukkan jus limau kasturi, kacau hingga rata. Rasa dan jika ok boleh dihidangkan segera.

BLACK FUNGUS YANG BELUM DIRENDAM

3 comments:

echah_syed said...

nnt nak try laa mat :D

belangcoolcat said...

black fungus tu cendawan la, kaedahnya ya?

Mat Gebu said...

kak combi....
Jgn lupa cuba....tapi jgn pulak pi kutip cendawan kat taman negara sabah..ahakk.

belangcoolcat...
yep balck fungus tu mmg cendawanm cuma kejadian dia tu lain dari cendawan biasa..