OREO & BUTTER CAKE

Ini cuma kek mentega biasa, tapi mat saja nak bubuh biskut oreo, pulak2 bila tgk "Datin Jun" buat, cisss!!, tergoda hambaa...ahakss...Resipi ni asal dari Betty Yew.....kek nya sedap, lembap, lemak dan tak manis....

Dan sebelum terlupa nak berterima kasih jugak pada "Mama Vouge" (kak rozie rembau), kerana sudi membelikan dulu acuan kek silicone yang memang cun dan mudah digunakan......

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega
135 g gula halus
5 biji telur gred A, asingkan kuning dan putih
135 g tepung halus (mat guna tepung gandum)*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
10 keping biskut "Oreo" dikisar halus

Cara membuatnya :-)
  1. Putar mentega bersama 1/2 bahagian gula halus hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, gaul rata.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula halus dan putar hingga kental, tetapi tidak keras.
  4. Masukkan putih telur dalam adunan mentega dan gaul menggunakan kaedah kaup balik, sehingga rata. Bagi 2 adunan tadi. satu bahagian campur dengan oreo kisar dan satu lagi pada adunan asal.
  5. Tuang berselang seli dalam acuan (8 x 9 x 3 ) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 45 minit. Bergantung pada oven masing2..

Post a Comment

12 Comments

  1. wah mat... dah pecah dara eekkkk acuan cun tu :p

    ReplyDelete
  2. i like your cake mould, and the cake looks gorgeous.....

    ReplyDelete
  3. kak umi_e...
    Hehehe, baru test, saja nak tgk, tapi mmg betullah senang, lepas masak, longgar2kan terus kek tanggal...permukaan dia pun licin jee.

    Datin Zai...
    thank u datin, cake mould jenis silicone mmg senang, cuma tak boleh ganas2 saja...

    ReplyDelete
  4. Lagi satu yang best acuan silicon ni, ialah storage. Nak lipat pun boleh kan Mat...ringan pun ya...

    ReplyDelete
  5. setuju dgn mamafami...senang nak simpan, dulu kan mat ingat silicone tu yg wanita2 guna utk montox kan "tooot"..ahaks, bayangkan betapa kuno nya aku nihh!!!

    ReplyDelete
  6. mattt acuan silicon tu pe mende eik, takkan silicon yang *tut* tu ko guna *tayang muko pura2 blurr*

    hikhikhikhik

    ReplyDelete
  7. salam kak mon..
    Acuan silicone tu, acuan seakan2 mcm getah tapi 'silicone' dan boleh tahan suhu hingga 230C - 250C....pastu kan kak mon, senang u, tak payah sapu minyak gris atau minyak 4T, kek terus je lucut dari sarung dia..ahaksss..

    ReplyDelete
  8. cik mat..
    saya selalu jenguk sini, selalu try resipi kat sini jugak..tp xpenah komen pun..
    tgk kek ni ari khamis, terus g beli acuan silikon ni kat cosway..
    ari jumaat buat, jadi la..
    (sebijik sebijan tiru ni..)
    siap dapat pujian lagi..hahahah!
    tq cik mat..

    ReplyDelete
  9. che mat,

    10 keping biskut ni maknenya kalau kite buang krim tengah2 tu kan dpt dua keping (sepasang). so, kire 10 keping (5 pasang) or 10 pasang (20 keping)?

    ReplyDelete
  10. En mat,

    NAk minta izin nak copy resepi ni dlm blog saya..saya nak buat kek ni, dah brp kali beli oreo tu..asyik hbs dlm mulut anakanda je biskut..so tak menjadi2 lg kek ni..saya takut kehilangan resepi..so copy ya..dgn gamba sekali tq..

    ReplyDelete
  11. salam CMG..
    hari tu ciksu ada try resepi ni..inilah hasilnya..

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/oreo-cake.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.