BEN ASHAARI

Tuesday, January 29, 2008

KEK UBI KAYU

Kek Ubi Kayu..resipi dari "AlongRoz" dari MyResipi, kebetulan mat ada bekukan ubi parut lebihan buat kuih bingka ubi dulu. Rasa dia lembut dan tidak berapa manis sangat dan macam tak sangka ubi kayu boleh menjelma jadi kek, mat telah ubah suai sedikit dari resipi asal, minta halal yeaa AlongRoz!!...hehehe..

Bahan-Bahannya :-)
190 g mentega
160 g gula halus
3 biji telur gred A
120 g tepung gandum*
1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak)
420 g parutan ubi kayu, diperah airnya
1/4 cawan susu sejat
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca teh pewarna kuning

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (8x8x3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas dengan mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Kemudian masukkan ubi parut tadi dan gaul rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu sejat hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin kek tadi dan ratakan. Bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan...

7 comments:

Ummi said...

Hah, ni nak marah kat mat ni..dia start dah..Mat, ubi kayu tu favourite akak, meh la sini sikit.. Oo ubi kayu leh wat kek ek, tak tau pun..nnt nk kena cari ubi lagi lee..try ni..bila la nk menyagatnya...mat tlg sagat ubi tuk kak, perah, terus buat lah kek sebiji kat akak..heheh

sitiazma said...

Mat, mak siti dulu selalu buat kek ni..tapi takdelah berhias icing comel macam Mat punya...sedap nii...

zaitgha said...

this is new to me and i still prefer our local kuih from ubi kayu.....

Mat Gebu said...

kak ummi...
Stok ubi dah habis leer, nanti pi curi ubi org, mat buat kan utk akak..okey!!

Sitiazma..
Mat pun 1st time cuba n rasa ok, itu pun setelah dikurangkan manis (resipi asal guna susu pekat manis)...

Datin Zai...
Yea, i agreed with u, kuih2 moden mmg tak boleh lawan kuih tradisi kita mcm talam ubi tu...my favourite!!!

Flashback-memories said...

teringat pulak pengat ubi, bingka ubi, kek ubi? ..teringin plak nak rasa

Adzriel AB said...

sedapnya. kadang2 cecah ubi kayu rebus dgn kelapa parut. minum pulak kopi o. hujan pulak tu kat luar. kenangan kat kampung dulu2 ni. kalau dah jadi kek ni lagilah sedap manis2nya.

mimie kesuma said...

assalamualaikum che mat....
saia cuba kue ni semalam....
sedap....tak terasa pun ada ubi kat situ...
saia buat kaler2 le...
#terasa nak lompat2 tgk kue tu kembang.... ^_^