KUIH BAKAR JAGUNG

Hari ni untuk minum petang, buat kuih bakar jagung. Resipi dia mat kutip dari blog "Rozzan"...teruja tengok hasil rozzan buat dalam acuan baulu, mat pun buat dalam acuan kuih baulu juga. Guna acuan baulu antik, dan hasil dia memuaskan sangat.
Rasa kuih bakar jagung ni sedap dan sesuai dengan tekak orang2 melayu. Bolehlah dicuba kalau sudi...

Bahan-Bahannya :-)
250 g tepung gandum
230 g gula pasir (mat guna 180 g)
400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
200 ml air
4 biji telur gred A
1 tin cream style corn
2 camca besar minyak sapi QBB (boleh ganti dengan mentega)
1 camca teh garam (mat guna 1/2 je)
3/4 camca teh pewarna kuning
1 camca teh serbuk vanillin (mat guna esen vanilla je)

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk hingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream styke corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Lenser dgn sedikit minyak sapi atau mentega. Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar 40 - 50 minit dan jika bekas kecil (seperti acuan baulu), bakar 15 - 20 minit atau pun hingga masak.Bergantung pada saiz acuan dan jenis acuan.

Post a Comment

7 Comments

  1. kreatif betol le otal cik mat ni... camne bleh terpk nak bakar kuin ni dalamacu baulu... rajinlak tu. Cantik kan... plak tu ada je pelbagai acuan.

    ReplyDelete
  2. kak yu...may mmg collect acuan2 lama dan antik....yg gambar ikan tu arwah nenek mat beli...yg tu paling mat suka....

    ReplyDelete
  3. Keliatan enaaakkk sekali. Cream style corn itu seperti apa?. Disini yg dijual di dalam kaleng biasanya jagungnya masih utuh.

    ReplyDelete
  4. Retno..
    Cream style corn itu..butiran jagung yg dikalengkan dan berupa seakan2 bubur, punya rasa lemak, creamy dan sedikit kental..

    ReplyDelete
  5. matt ko rajin sgt, ko mkn power root haper.. penat kakmOn weh

    pssstttt acuan tembaga atok ka ko guna mat?? late mom pun suka buat kuih ni guna tembaga asli Bonai, tp sayang acuan tu dah ilang dah, org pinjam tak kasi balik huhuhu

    ReplyDelete
  6. Retno > Kamu di Deutchland > Kisar aja jagung di dalam kaleng itu, kasi hancur dan creamy :D

    Mat > ingat nak buat semalam..huhu..Mat, teruja sangat tengok kecantikan ikan-ikan itu. Kalau Mat dah kat sesuai dgn tekak Melayu, pasti akan ku cuba. Dah tak tahan dengan tekak German dah ct ni.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.