RESIPI MIX FRUIT BUTTER CAKE

Assalammualaikum, salam semua, hari ni che mat nak saja2 nak kongsikan resipi mix fruit butter cake. Resipi ini senang dan sedap. Buat dia pun tak susah mana. Sebenarnya che mat nak habiskan saki baki bahan kek dalam peti sejuk, buah2kan belen buat kek kukus masih ada, dah kering kejung dalam freezer. Butter pun ada sekeketul, hampir nak luput tarikh dah, tapi masih boleh guna lagi. Resipi mix fruit butter cake ni tak guna banyak bahan dan che mat guna tepung naik sendiri atau orang putih bagi nama - self raising flour. Kalau kat rumah takde tepung naik sendiri, boleh guna tepung gandum biasa, tambah dengan baking powder, gaul rata dan diayak 3 - 4 kali. In sha Allah, kek masih menjadi. Satu lagi nak pesan, kalau nak dapat kek yang sedap dan wangi, silalah guna pure butter atau mentega tulen, toksah guna buttercup, sebab yang tu bukan butter tapi majerin. Buttercup tu cuma brand dia saja. Kalau tanya che mat, mentega apa yang sedap? Kalau nak sedap guna brand golden churn, scs atau anchor, brand lain pun masih ok, asalkan dia mentega tulen.

Kek ni che mat bakar dalam 2 bekas aluminium jenis pakai buang tu. Satu yang tak bestnya bekas ni, ialah bentuk dia kurang cantik. kecik kat bawah dan bahagian atas dia besar sikit, serius tak lawa, tengok ajer lah rupa kek tu, hmmm agak mengecewakan, tapi nasib baik rasa dia sedap wakkk!. Kalau buat, che mat sarankan guna acuan pound cake atau nak guna acuan bunt-pan yang berlubang tengah tu pun ok. Kek ni kalau simpan sehari lagi sedap, tapi dengan syarat kena bungkus ketat2 dengan cling wrap, dan biarkan kat luar, toksah simpan dalam esbox. Esok pagi makan, sumpah sedap, hidangkan dengan teh O panas atau pun kopi O, memang terangkat. Kalau teringin nak mencuba, jomm che mat kongsikan resipi dia kat bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA  :-)
227 gram mentega tanpa garam (unsalted butter, boleh guna butter unsalted brand Anchor)
100 gram gula kastor
120 gram mix dried fruit
1 biji oren diparut kulitnya (ambik bahagian kuning sahaja)
4 biji telur gred A
250 gram tepung naik sendiri (self-raising flour, kalau takde boleh ganti dengan 250 gram tepung gandum + 1 camca teh rata baking powder, gaul rata dan diayak 3 - 4 kali)
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam halus (kalau guna salted butter, garam tak perlu)
Sedikit dried mix fruit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lanser 2 acuan berukuran 18 cm x 9 cm x 6 cm dengan mentega. Putar mentega dengan gula kastor hingga pucat dan gula hancur, masukkan telur satu persatu dan putar hingga adunan kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan parutan kulit oren, gaul rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, Putar sebati. Masukkan dried mix fruit, dan gaul rata dengan spatula. 
  3. Masukkan adunan ke dalam acuam yang telah disediakan tadi, ratakan dan tabur atasnya dengan dried mix fruit sebagai hiasan. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar kurang lebih 50 minit atau hingga kek masak. Uji kek dengan mencucuk bahagian tengahnya dengan cake tester atau lidi sate bersih, jika keluarnya bersih, tanda kek dah masak.
  4. Keluarkan kek dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan kek dari acuan. Sejukkan kek atas jaringan. Boleh potong dan hidangkan. Untuk mendapat potongan yang cantik, gunakan pisau tajam. Selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. eh cikmat tqqq.. kita dah lama cari resepi ni.. dulu pernah buat sekali tapi taktau resepi hilang mana.. senang dan sedap!!

    ReplyDelete
  2. Eh macam tau-tau je En Suami saya tengah mengidam fruit cake hehehe. Terbaik Cik Mat, weekend ni nak buat =)

    ReplyDelete
  3. Terbaik Bossku!! Banyak info yang saya dapat dari blog ini 👍 Teruskan menulis info yang terbaik macam ni 👍

    ReplyDelete
  4. Terbaik Bossku!! Banyak info yang saya dapat dari blog ini 👍 Teruskan menulis info yang terbaik macam ni 👍

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.