RESIPI SAMBAL GORENG PEDAL AYAM

Assalammualaikum, salam semua. Rasanya sebulan dah che mat tak kemas kini blog, entahah sejak2 ni rasa berat hati saja, apa tah lagi hari2 bila buka FB, asyik lihat post2 kesedihan mereka yang kehilangan orang2 tersayang akibat covid19, rasa sedih sangat. Al-fatihah buat mereka yang telah pergi. Sebelum terlupa, bulan Julai hari tu, blog tiffinbiru menyambut ulang tahun yang ke - 14, itu pun nasib baik ada sorang bekas blogger masakan yang wish, kalau tak memang tak ingat langsung (terima kasih Hasue). Che mat nak ucapkan terima kasih pada semua yang masih sudi singgah blog tiffinbiru dan sentiasa memberi sokongan moral. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi ringkas, iaitu sambal goreng pedal ayam. Dia lebih kurang macam sambal goreng jawa juga, cuma lebih ringkas. Sedap dimakan dengan nasi putih atau ketupat. Kalau buat lontong kering, boleh cuba masak sambal goreng ni. Bagi yang tak makan pedal ayam, boleh ganti dengan udang, tak pun daging atau babat. Tapi pastikan direbus dulu hingga empuk, baru dimasak. Kalau nak cuba, meh che mat tuliskan resipinya di bawah ini...Jommm kita mulakan!.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping tempe (che mat guna tempe yang dibungkus dalam plastik)
1 keping tauhu
1 biji kentang saiz besar
Fucuk, sebesar 2 tapak tangan orang dewasa
15 ketul pedal ayam, cuci bersih dan toskan*
1/2 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*(*disatukan dalam periuk, tuang air dan rebus hingga pedal empuk)
10 tangkai kacang buncis atau 3 tangkai kacang panjang, hiris serong
1/2 cekak suhun, kerat pendek, cuci dan toskan (tak perlu direndam
1/4 cawan santan (che mat guna santan kara)
1/2 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis maggi
Garam dan gula secukup rasa
 Sedikit air

BAHAN-BAHAN HIRIS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia, mayang halus
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam yang telah direbus tadi dihiris. Fucuk diredam hingga lembut dan potong kecil. Tempe dipotong dadu, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Kentang dikupas, cuci, belah 4 dan hiris sederhana tebal dan goreng hingga empuk, angkat dan toskan. Tauhu dipotong dadu dan goreng hingga masak, angkat dan toskan. Ketepikan bahan2 tadi,
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kuning keemasan seakan2 bawang goreng, guna api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan pedal ayam dan goreng sekejap dalam seminit dua.
  3. Masukkan tempe, tauhu dan kentang, gaul rata. Tambah kiub ikan bilis (hancurkan) dan asam jawa, gaul rata. Masukkan fucuk dan kacang buncis atau kacang panjang. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya, tambah santan dan sedikit air, gaul rata dan masukkan suhun, kacau dan masak hingga suhun lembut, sesuaikan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi putih atau ketupat. Selamat mencuba!

RESIPI SAMBAL GORENG PEDAL AYAM RESIPI SAMBAL GORENG PEDAL AYAM Reviewed by Mat Gebu on 8/09/2021 11:34:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. wah ni makanan jawa yang menarik. teringat buyut masak, air tangan orang lama.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.