RESIPI ACAR RAMPAI PULANG HARI

Assalammualaikum, salam 12 Syawal 1442 Hijrah. Insha Allah hari ini, che mat, mak dan abang long akan mengakhiri puasa 6 Syawal kami. Maka esok raya lagi sekali lah kita orang. Che mat plan nak buat laksa Johor, tapi mak pulak request Soto, oklah, soto pun soto lah janji masih makanan Johor. Bila sebut Johor, banyak juga makanan2 tradisi yang telah diolah oleh orang2 tua dulu kala hingga menjadi hidangan beridentitikan Johor, disertakan juga nama2 unik. Contohnya acar rampai pulang hari, ianya hanya acar timun biasa tapi cara penyediaannya agak unik sedikit dan namanya juga lain dari yang lain. Menjadi kebiasaan acar rampai pulang hari ini disajikan dimajlis2 perkahwinan sebagai salah satu pelengkap hidangan nasi minyak atau briyani. Dah dua kali che mat buat, hari ni atas permintaan, che mat kongsikan resipinya. Resipi asal memang dari orang Johor tulen. Acar rampai pulang hari juga sedap dimakan dengan nasi putih dan ada yang cadangkan makan dengan bubur lambuk. Tapi pada che mat, ratah macam tu pun dah cukup sedapp...Jomm kita semak resipi di bawah ini..

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
6 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
3 biji buah keras, dihiris halus*
2 biji cili merah*
3 camca besar penuh cili kisar*
1/2 inci halia*
2 camca besar sos tomato Maggi
1/4 cawan gula atau secukup rasa
1/4 cawan cuka makan Jalen
Garam secukup rasa
1 camca teh penuh biji sawi

BAHAN-BAHAN ACAR :-)
1 batang timun, saiz besar
1 batang lobak merah
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
8 ulas bawang putih
10 biji bawang merah kecik
1 camca teh penuh bijan yang telah digoreng tanpa minyak hingga wangi
1/3 camca besar kapur makan
2.5 liter air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dikerat 4 atau 5 bahagian bergantung pada besar mana timun yang kita guna. Belah 2 setiap keratan dan buang empulurnya. Hiris halus seperti anak mancis, buat hingga siap, cuci dan toskan. Lobak merah dibuang sedikit kulit luarnya. Kerat 4 dan hiris nipis, kemudian potong seperti anak mancis, cuci dan toskan. Buat kaedah sama untuk cili merah dan cili hijau. Bawang putih dikupas kulitnya dan belah 2 setiap satu. Bawang merah kecil juga dikupas kulitnya dan belah 2 setiap satu. Cuci dan toskan.
  2. Masukkan kapur makan dengan 2.5 liter air ke dalam bekas besar dan kacau hingga kapur larut. Masukkan kesemua bahan2 acar yang telah dihiris tadi, dan rendam selama 20 minit. Kemudian toskan dan cuci hingga hilang air kapur, bilas 2 kali dan toskan hingga betul2 kering. Ketepikan.
  3. Kisar halus bahan2 rempah yang bertanda (*). Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis biji sawi hingga meletop2, masukkan bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak hingga wangi dan naik minyak. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa.
  4. Masukkan sos tomato, kacau dan masak sekejap. Masukkan cuka makan dan gula, kacau dan terus memasak hingga pekat dan terbit minyak. Tambah garam secukup rasa, jika kurang manis boleh tambah sedikit lagi gula.
  5. Masukkan bahan2 acar, besarkan api dan gaul rata, masak sekejap saja, sekadar bahan2 rempah bersalut dengan bahan2 acar, kurang lebih seminit dua untuk mengekalkan kerangupan acar. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bijan atas acar sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!

RESIPI ACAR RAMPAI PULANG HARI RESIPI ACAR RAMPAI PULANG HARI Reviewed by Mat Gebu on 5/24/2021 05:53:00 PM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.