RESIPI APAM LABU MANIS

Assalammualaikum, salam 11 Syawal 1442 Hijarh. Hari ni che mat masuk 5 hari berpuasa 6, in sha Allah esok hari terakhir, tu pun kalau Allah izin kan. Dah terlanjur satu rumah berpuasa, kita join sekali lah. Lagi pun raya zaman covid ni bukan boleh pi mana2, yea dak. Dari dok rumah tak buat apa, elok kita berpuasa. Hari ni tiba2 che mat termengidam nak makan apam. Tapi takmo apam tembam yang biasa tu. Plan asal nak buat apam mekar, alaa, yang merekah tu. Tapi terbatal, setelah nampak ada belen labu dalam peti sejuk. Kulit labu tu sampai kecut dah, tapi isi dia masih ok, sayang kalau tak dibuatkan apa2, nanti akhirnya terbuang. Maka che mat ubah, dar nak buat apam mekar, moh leer kita membuat apam labu manis. Resipi secara jujur che mat google kat internet ajer dan tengok feedback rata2 yang buat kata sedap, lembut dan gebu. Wahh, teruja juga ni bila baca, ok settt, kita buat apam labu guna resipi yang che mat dapat tu...

Buat dia tak susah, dan hasil dia memang elok, lembut, gebu, montok dan kaler dia pun cantik. Che mat lagi suka makan apam dengan kelapa parut, tapi kalau nak makan macam tu saja pun dah ok. Satu adunan ni akan dapat 20 biji apam jika kita buat dalam acuan apam plastik yang banyak jual kat kedai2 RM 2.10 tu. Kalau nak kukus dalam satu acuan besar pun boleh, tapi kurang comey lah, seketul ajer, bila taruk kat meja pun tertonggok semacam. Kalau buat dalam acuan comel2 nampak lah elok dan senonoh masa nak hidang, macam dalam gambar atas tu, kan elok, terletak ajer atas piring antik. Sedap ni kalau buat cemilan untuk minum petang atau sarapan pagi. Macam che mat, kita buat untuk hidangan berbuka puasa nanti. Kalau ada belen2 labu manis tu, jomm lah cuba buat, insha Allah, mesti tak menyesal....Resipi che mat tulisan di bawah ini..

BAHAN-BAHAN IBU :-)
3 camca besar rata tepung gandum
2 camca teh rata instant yeast
1 camca teh penuh gula kastor
3 camca besar air suam

BAHAN-BAHAN BASAH :-)
230 gram labu manis, yang telah dibuang biji, dikupas kulit dan potong kecil
150 ml santan (boleh ganti dengan susu sejat)
150 gram gula kastor (che mat guna 120 gram)
1 biji telur gred B
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN-BAHAN KERING :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh penuh baking powder*(*disatukan dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus
Sehelai daun pandan, dikerat kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 IBU, kacau rata hingga sebati dan tutup mangkuk tadi. Biarkan hingga ia kembang, kurang lebih 20 minit. Sementara itu, kita sediakan bahan2 basah pulak.
  2. Kukus atau rebus labu hingga lembut. Sejukkan dan masukkan labu ke dalam alat pengisar atau blender. Tambah santan, gula kastor, esen vanilla, secubit garam dan telur. Kisar hingga halus dan semua bahan2 tadi sebati. Tuangkan ke dalam bekas besar.
  3. Masukkan bahan2 kering yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau rata dengan whisk. Kemudian masukkan bahan 'ibu' yang telah kembang tadi, kacau rata hingga semua sebati dan licin.
  4. Tutup bekas tadi dan rehatkan selama 1 jam. Sapukan setiap acuan kuih apam dengan sedikit minyak masak. Panaskan kukusan dan bungkus tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Sementara itu bolehlah kita kukus kelapa parut yang digaul dengan daun pandan dan sedikit garam, kukus sekejap saja dalam 2 - 3 minit, tujuan untuk kelapa parut tahan lebih lama. Keluarkan, buang daun pandan dan sejukkan.
  5. Bancuhan apam dikacau hingga rata dan isikan 3/4 penuh dalam setiap acuan yang telah disediakan tadi. Kukus atas api besar selama 15 - 18 minit. Angkat kuih apam dari kukus dan keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan. Boleh hidangkan dengan kelapa parut. Selamat mencuba!

RESIPI APAM LABU MANIS  RESIPI APAM LABU MANIS Reviewed by Mat Gebu on 5/23/2021 04:29:00 PM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.