RESIPI DONAT GEBU

RESIPI DONAT GEBU

Assalammualaikum, salam semua. Dah minum petang ke, apalah menu agaknya tu? Hari ni che mat saja2 lah buat donat gebu. Resipi ni pernah dikongsi dulu, tapi saja lah nak kongsikan juga sekali lagi. Banyak kali juga dah buat donat dan macam2 rupa jadinya. Ada yang elok, ada yang so - so ajer dan ada yang hmmmm, nak cerita pun malas. Bila kita cuba satu2 resipi tu dan hasilnya cukup memuaskan, seelok2nya kita simpan resipi tersebut untuk rujukan masa datang. Dan cara paling selamat dan boleh diekses selagi ada line internet, ialah dengan menyimpannya di media sosial, sama ada di blog, ig atau fb. Donat gebu yang che mat buat hari ni amat mudah disediakan dan bahan2 pun tak delah banyak sangat. Untuk mendapat donat yang cantik, selain resipi yang betul, cara kita menggoreng juga memainkan peranan yang penting. Kata orang, donat yang sempurna ialah donat yang gebu, tidak menyerap minyak terlalu banyak dan ada 'gelang'. Minyak tidak boleh terlalu panas dan kena goreng guna api kecil. Satu lagi toksah goreng terlampau banyak sekali goreng.

RESIPI DONAT GEBU

Resipi yang che mat akan kongsikan nanti akan menghasilkan kurang lebih 8 biji donat. Lagi pun kami kat rumah cuma bertiga beranak saja, buat banyak2 nanti tak habis pulak, tapi kalau nak buat donat yang comel2 boleh lag buat 10 biji. Jadi sapa2 yang penduduk rumah agak ramai tu, boleh lah gandakan resipi. Style donat che mat ni tak guna cetakan, cuma perlu bagi 8 sama banyak, perap dan kendian baru dibuat lubang tengahnya, cucuk guna jari telunjuk ajer. Biasanya che mat makan donat tak bersalut dengan gula, donat togel aje. Kalau salut pun cuma guna sikit saja gula kastor dan dicampur sedikit dengan serbuk kulit kayu manis. Ini semua terpulang pada masi2ng2, cara macam mana nak makan donat tu, nak salut coklat boleh, nak sira dengan sambal boleh, ikut selera. Jika ingin mencuba, boleh lah semak resipi yang che mat kongsikan bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 camca teh garam halus
1 camca besar gula kastor
1/2 camca teh baking powder
1 camca teh rata instant yeast
1 kuning telur (che mat gubna telur gred A)
90 ml susu penuh krim @ susu segar
1 1/2 camca besar majerin (atau mentega)
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN SALUT :-)
Gula kastor secukupnya
Sedikit serbuk kulit kayu manis (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam manguk pengadun kecuali susu, mentega dan bahan2 salut. Pasangkan cangkuk untuk doh dan putar rata bahan2 tadi dengan kelajuan sederhana. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan terus memutar hingga kesemua bahan2 tadi bersatu dan menjadi doh. Masukkan majerin dan terus memutar pada kelajuan sederhana hingga mendapat doh yang lembut, anjal dan tidak melekat dimangkuk adunan. 
  2. Bulat2kan doh, dan perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda. Keluarkan doh dan uli sekejap untuk membuang udara dalam doh. Bahagikan doh kepada 8 atau 10 bahagian sama besar (boleh ditimbang kalau rajin). Bulat2kan doh dan susun setiap satu doh tadi atas kertas minyak yang telah dipotong 4 segi berukuran 4 x 4 inci, tabur sedikit tepung agar doh tidak melekatpada kertas. Perap 45 minit.
  3. Buat lubang ditengahnya menggunakan jari telunjuk yang dicelup dalam tepung, longgarkan sedikit agar lubang pada donat terbentuk. Biarkan 15 minit dan goreng dalam minyak sederhana panas (che mat goreng 5 biji sekali goreng, dengan api paling kecil), goreng hingga kekuningan, baru diterbalikkan, goreng hingga masak, angkat dan toskan minyaknya. Boleh digolekkan dalam gula kastor yang telah dicampur dengan sedikit serbuk kayu manis...Selamat mencuba!
CATATAN MAT GEBU :- Tujuan meletakkan setiap doh yang telah dibulat2kan diatas kertas minyak ialah untuk memudah kita mengangkat adunan doh donat tadi dan menggorengnya dalam minyak panas. 

RESIPI DONAT GEBU RESIPI DONAT GEBU Reviewed by Mat Gebu on 12/10/2020 04:12:00 PM Rating: 5

1 comment:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.