RESIPI KALIO NANGKA MUDA

RESIPI KALIO NANGKA MUDA

Assalammualaikum, salam semua, Hari ni che mat masak menu permintaan mak che mat, iaitu kalio nangka muda. Mesti ada yang tanya, kalio tu apa? Kalio ni sejenis masakan antara gulai dan rendang. Kalau dimasak hingga kering, maka dia akan jadi rendang, kalau berkuah dipanggil kalio. Masakan macam ni lebih popular di Indonesia, terutama orang2 Minangkabau. Menu klasik ini ada beberapa resipi, yang che mat guna ni resipi yang telah diolah sedikit. Untuk mendapat masakan kalio yang sedap, kalau dapat gunakan santan segar. Satu lagi, untuk resipi ni che mat gunakan rencah ayam kampung. Kalau nak ganti dengan daging pun sedap (pilih daging yang ada lemak atau tetel), atau guna tulang lembu. Nangka muda pilih yang temabal atau yang biji nya masih kecik. Resipi ini tidak ditumis, tapi diakhir proses memasak che mat akan tumis darat hirisan bawang dan curahkan ke dalam masakan kalio tadi untuk mendapat rasa yang lagi sedap dan mantap.Walaupun masakan ini seakan2 leceh untuk disediakan terutama dari segi bahan2nya yang nampak meriah, tapi percayalah amat berbaloi mencuba, sedapp wakkk! Jika nak mencuba, boleh semak resipi yang che mat kongsikan di bawah ini...Selamat mencuba!

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram nangka muda yang telah dipotong kiub, rebus hingga 1/2 empuk dan toskan
500 gram ayam, dipotong kecil, cuci dan toskan
2 batang serai, diketuk
2 helai daun salam segar (boleh ganti dengan bay leaf)
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan pekat
1 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia, dikuoa kulitnya dan dibakar hingga perang
2 inci kunyit, hidup, dikupas kulitnya dan dibakar hingga perang
1/2 inci lengkuas
15 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
4 biji buah keras*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan putih*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh lada sulah biji*(*digoreng tanpa minyak hingga wangi)

BAHAN TUMIS DARAT :-)
3 biji bawang merah kecil, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
4 camca besar minyak masak

CARA MEMASAKNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk atau kuali, tambah cili kisar, pati santan dan serai, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga terbit minyak. Masukkan nangka, gaul rata dan tuang air panas secukupnya (anggaran 3  cawan), kacau rata dan biarkan mendidih.
  2. Tambah asam gelugor dan kerisik, kacau rata. Masukkan daun salam, daun kunyit dan daun limau purut, kacau dan masak hingga nangka empuk. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga kuahnya pekat, tapi pastikan tidak kering, nanti dah jadi rendang pulak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Sementara itu dalam kuali lain, panaskan 4 camca besar minyak masak dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga perang keemasan. Matikan api dan masukkan ke dalam periuk kalio bawang tadi dengan minyak gorengannya sekali. Tutup periuk dan biarkan 10 minit sebelum di ratakan. Boleh hidangkan dengan nasi panas..

Post a Comment

1 Comments

  1. datang baca sebab nak tahu apa itu kalio ....hahaha

    blog abam ni patut jadi khazanah resepi Malaysia dah sebab memang semua resepi best dengan sukatan bahan dan cara masak yang mudah untuk orang ikut ....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.