RESIPI BISKUT NESTUM MILO

Assalammualaikum, salam semua. Berbaki kurang lebih 4 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal. Pastinya Aidilfitri tahun ni amat berbeza dan kita seperti berada dalam satu budaya baru yang begitu janggal. Namun terpaksa juga membiasakan diri dengan keadaan sekarang ni. Bagi yang tak boleh pulang ke kampung halaman tu, bertabah lah, ini semua sudah ketentuan Ilahi, dan kerajaan pun bukan suka2 nak laksanakan PKP bersayarat yang tidak membenarkan kita meretas sempadan negeri, yea dak. Semuanya gara Covid19. Namun begitu, lebaran tetap kita raikan, dan sudah pasti ramai yang mula mengasah bakat membuat biskut2 raya sendiri tahun ni. Walaupun bukan untuk hidangan buat tetamu, tak salah kita buat untuk meraikan lebaran bersama keluarga. Macam che mat sendiri, keluarga kami hanya bertiga, dan tetap meraikan secara sederhana. 

Tahun ni che mat hanya buat 4 jenis biskut, itu pun dalam kuantiti yang sederhana. Kek pula hanya sebiji kek kukus, tiada kek2 lapis seperti tahun2 sudah. Bukan taknak buat, tapi nak jamu kat siapa. Sendiri makan? Mau mati kencing manis pakcik kau nak...hahaha. Takpe lah Allah bagi kita berehat tahun ni. Biskut nestum milo ni che mat buat dah beberapa hari lepas dan sebenarnya ini resipi olahan dari biskut nestum. Biskut ini rangup dan siapa2 suka biskut yang cair dimulut, minta maaf, yang ini bukan seperti itu. Kadang2 boring jugakan, semua biskut raya jenis cair dimulut, dan ada tu belum masuk mulut, baru ambik, dah patah, lagi parah, siap berterabur kat meja....grrr, rimasnya. Satu che mat nak kasi tau, biskut ni sedap, tu saja... Kalau nak cuba buat untuk lebaran nanti, boleh semak resipinya di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega (che mat guna SCS)
200 gram tepung gandum
120 gram tepung ubi
90 gram gula aising, diayak
40 gram Horlicks
60 gram milo
40 gram nestum, kisar halus
1 kuning telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur, untuk disapu atas biskut
Nestum untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar rata. Sementara itu, satukan tepung gandum dan tepung ubi, gaul rata dan ayak. Kemudian gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan nestum kisar, horlick dan milo. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah digaul dengan bahan2 tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Bulat2kan, dan tutup doh denga tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  3. Ambil 1/3 bahagian, tutup baki doh dengan tuala lembap, canai antara dua lapisan plastik bersih setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan kegemaran dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga selesai. Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur sedikit nestum sebagai hiasan.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Keluarkan biskut dari oven dan biarkan sekejap dalam dulang sebelum dialihkan ke atas jaringan. Bila sejuk, simpan biskut dalam bekas kedap udara....Selamat mencuba!
RESIPI BISKUT NESTUM MILO RESIPI BISKUT NESTUM MILO Reviewed by Mat Gebu on May 19, 2020 Rating: 5

1 comment:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.