RESIPI KUIH BAKAR PANDAN

Assalammualaikum, salam 6 Syawal 1441 Hijrah. Belum terlewat che mat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung2 setia blog tiffinbiru. Maaf zahir dan batin jika ada terkasar bahasa dalam penulisan dan juga senda gurau. Macam mana raya tahun ni, pasti kemeriahannya tak sama seperti tahun2 sudah. Takpe lah, kita berkorban untuk keselamatan negara. Dan dengan cara ini mudah2an penyakit covid19 dapat kurangkan dan kita boleh hidup seperti sedia kala walaupun dalam sistem norma baru. Satu kelebihan norma baru ni, rakyat Malaysia semakin berdisiplin dan ikut peraturan. Selesai 1 Syawal lepas, abang long che mat, sarankan kita terus berpuasa enam, lagi pun aura Ramadan masih bersisa, jadi takdelah rasa perit sangat nak berpuasa. Kalau dah pertengahan  Syawal baru nak mula puasa, rasa agak payah juga, sebab kita dah mula terbiasa dengan rutin harian, kejap2 pi dapur makan, kejap2 minum. In sha Allah esok (Sabtu ) hari terakhir, mudah2an dipermudahkan.

Hari ini che mat buat kuih bakar pandan sebagai manisan untuk berbuka nanti. Resipi biasa yang selalu che mat kongsikan dalam blog. Cuma yang ini che mat bancuh lembut sedikit, sebab nak dapat kuih bakar yang lebih lembut. Dan buat pun cuma 1/2 dari resipi asal (resipi yang akan che mat tulis nanti ialah resipi asal). Ada yang panggil kuih bingka, dan pada che mat kuih bakar bahagian yang paling sedap giler, dah tentulah bahagian kerak2nya, tapi toksahlah pi bakar sampai hangus rentung semata2 nak dapatkan kerak, yang tu tak sedap dah, pahit. Kita cuma nak dia coklat keemasa dan garing. Bertambah wangi dengan aroma daun pandan dan bijan. Untuk resipi ini akan menghasilkan 4 biji kuih bakar pandan jika dibakar dalam acuan bunga pecah 6 atau 8. Tapi semuanya bergantung pada besar mana acuan yang kita guna. Nak senang, bakar dalam tin 8 x 8 x 3 inci atau boleh juga dibakar dalam tin acuan muffin. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan + 2 camca besar, tepung gandum
1 cawan gula pasir (che mat kurangkan 1 camca besar)
4 biji telur gred A
2 cawan santan (kalau guna santan kotak, guna 1 kotak - 200 ml dan tambah air)
1 cawan air*
6 helai daun pandan, cuci dan potong kecil*(*dikisar halus dan tapis)
2 camca besar mentega (boleh guna majerin), cair dan sejukkan
1/4 camca teh garam
Bijan untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 x inci dengan mentega atau minyak masak dan alas dengan aluminium foil, pastikan aluminium foil dilebihkan pada bahagian kiri dan kanan tin, agar mudah untuk kita keluarkan kuih bila masak nanti, lenser juga aluminium foil tadi. (che mat buat 1/2 dari resipi diatas dan cukup untuk 2 acuan tembaga bunga pecah 6. Lenser dengan majerin). Masukkan tin atau acuan tadi ke dalam oven, biar panas.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan jus pandan. Kacau hingga rata. Masukkan tepung, kacau hingga sebati dan tidak berbintil2. Tapiskan bancuhan tadi dan masukkan mentega atau majerin cair. Kacau sebati.
  3. Berhati2 keluarkan tin atau acuan dari oven. Tuang bancuhan kuih bakar pandan dan taburkan bijan atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 1 jam 10 minit (jika menggunakan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci) dan 40 minit jika menggunakan acuan bunga pecah 6 atau 8. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kuih dengan lidi sate bersih atau cake tester, jika keluar bersih, tanda kuih dah masak. Untuk dapatkan permukaan yang garing, tukar fungsi oven kepada 'grill' dan sambung bakar untuk 3 - 4 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari tin atau acuan. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong
CATATAN MAT GEBU :- Masa membakar, kuih akan kembang dan naik menggunung. Ini pekara biasa bagi adunan yang ada mengandungi telur. Kuih akan mengecut kembali bila dah sejuk. Selamat mencuba semua #staysafe!

Post a Comment

9 Comments

  1. Nanti kita nak try resipi che mat yang ni. Tu ari ada buat, malangnya tak menepati selera. Huhuuu...

    ReplyDelete
  2. nak try la buat tapi kena tunggu suami balik dari outstation kalau tidak tak ada orang makan

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya che mat.. terima kasih selama ni berkongsi resepi dgn kami ya.. semoga covid19 cepat berakhir dan kita dapat teruskan hidup macam biasa..

    ReplyDelete
  4. perghhhh
    sedapnya kuih bakar nih
    teringat masa beli dekat melaka tak silap
    sedap dia tu..fuhhhh

    ReplyDelete
  5. Selamat HAri Raya..terbaik resepi..TQ atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Hai Kanda...Dinda datang ni, nak culik resepi Bakar Pandan ni hahahaha ingat esok nak buat ...

    ReplyDelete
  7. buat minum petang besama family mmg best nie.

    ReplyDelete
  8. Kuih ni yang kalau Mak buat, makan tak berhenti

    ReplyDelete
  9. Nsb baik Che Mat bg tau yg adunan akan naik tinggi mcm gunung semasa masak. Saya dah panik kenapa tetiba kueh jadi mcm tu..ye baru 2 kali buat kueh ni..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.