RESIPI AYAM MASAK CENCALOK TUANKU AZIZAH

Assalammualaikum, salam semua. Hari ini dengan semangat berkobar2, che mat mencuba resipi khas dari DYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah. Tempoh hari che mat tengok Dato Rizalman buat video ketika dia berada  di dapur Istana Negara, yang istimewanya Tuanku Azizah memasak beberapa jenis masakan, dan semua sedia maklum, Tuanku sejak dulu memang handal memasak. Dan ada satu masakan Tuanku yang paling che mat tertarik, iaitu ayam masak cencalok. Walaupun che mat sendiri pernah masak ayam masak cencalok, tapi resipi Tuanku berbeza dan tak sama dengan orang Peranakan nya masak. Mungkin lebih kepada versi Melayu. Bahan2 pun agak ringkas dan cara memasaknya juga mudah. Rasa dia agak unik tapi serius sedap dan che mat memang rekomen pada penggemar2 cencalok, cuba resipi ayam masak cencalok yang Tuanku buat tu, mesti jatuh hati punya lah, Selain sedap dimakan dengan nasi panas, enak juga dihidangkan dengan bubur nasi, dan kalau nak makan denga bubur nasi, che mat sarankan biar berkuah sikit. Resipi che mat kongsikan di bawah ini, bolehlah cuba di hari2 cuti tahun baru cina akan datang ni .Oleh kerana Tuanku yang masak, maka che mat bagi nama Ayam Masak Cencalok Tuanku Azizah.. Menjunjung kasih Tuanku!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam (kurang lebih 600 gram), kerat ikut suka, selok2nya biarlah pada saiz sederhana
3/4 camca besar tepung gandum
1 biji limau nipis perah jusnya
2 camca besar penuh cencalok
2 batang serai, diketuk
1 biji bawang Holland, hiris kasar
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, hiris halus
10 biji cili padi merah, belah 2 tapi tak putus setiap 1
4 camca besar kicap lemak manis
1 biji tomato, belah 6 (resipi asam guna tomato ceri)
1 pokok daun bawang, hiris
Sedikit air panas, jika suka masakan berkuah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dicuci, kemudian gaul dengan tepung gandung dan jus limau nipis hingga rata, perap 15 minit dan cuci kembali hingga betul2 bersih, toskan hingga kering. Masukkan ayam ke dalam bekas dan gaul dengan cencalok, biarkan 20 minit, simpan dalam peti sejuk sebentar.
  2. Panaskan 1/4 cawan minyak dalam kuali, tumis serai titik hingga wangi, masukkan ayam yang diperap tadi (ayam sahaja, airnya diasingkan untuk kegunaan kemudian). Gaul rata dan biar hingga ayam 1/2 masak. Masukkan bawang putih dan halia, gaul rata dan masak hingga bawang putih dan halia layu. Tambah kicap dan air dari perapan ayam tadi, kacau rata dan biar hingga ayam masak.
  3. Masukkan cili padi dan bawang holland, kacau rata. Jika suka berkuah, boleh tambah sedikit air panas. Masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedappp Wakkkk! Selamat mencuba!...


Post a Comment

3 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.