RESIPI AYAM MASAK MERAH

Assalammualaikum, selamat pagi semua. Hari ni che mat masak ayam masak merah, memang ini resipi biasa, tapi tak semua orang masak resipi yang sama, si A masak resipi dia lain, si B lain. Ada yang tanya, apsal nama ayam masak merah tapi tak lah merah sangat. Kalau merah tu ayam masak sambal. Memang secara umumnya, ayam masak merah bukan lah merah menyala atau merah birat, tapi dia merah2 oren macam tu. Plan asal che mat nak masak ayam kicap, sebab dalam freezer ada belen ayam dalam 1/2 ekor. Tapi disaat2 akhir menu berubah jadi masak kicap ke masak merah. Resipi che mat agak mudah dan pekat sedikit. Ada yang suka masak merah berkuah, yang tu terpulang pada selera masing2, nak berkuah tak susah, tuangkan ajer air sebaldi, maka banjirlah kuah dia....hahaha, gurau ajer lah kang ada yang lurus bendul pi buat betul2 naya ajer. Bab kuah tu agak2 lah, jangan taruk air banyak sangat, nanti jadi asam pedas pulak, kuah meladong. Sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi briyani atau sebarang nasi berperisa, Tapi pada che mat, makan dengan nasi putih pun dah cukup heaven sangat. Jangan lupa cuba ok, resipi kat bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat 7 atau 8 bahagian, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh garam*
2 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap sekejap)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar penuh tomato puree
3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 batang serai, diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar penuh kacang tanah tumbuk
1 cawan air
1 cawan nanas, dipotong kiub
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, dihiris

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam yang telah diperap tadi, digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumia hingga cili garing. Masukkan bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak hingga wangi.
  2. Masukkan tomato puree, sos cili dan sos tiram, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan ayam, kacau rata dan tuang air. Masukkan  gula, anggaran 2 camca besar dan sedikit garam, Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat, kacau sekali sekala.
  3. Masukkan kacang tumbuk dan nanas, gaul rata, masak sekejap. Rasa dan tambah apa yang perlu, sama ada garam atau gula. Masak merah mesti ada rasa sedikit manis. Akhir sekali masukkan daun sup, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi minyak, nasi briyani atau nasi putih.

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.