RESIPI KERANG 'KEREK' TUMIS TOMYAM

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak kerang tapi bukan sebarang kerang. Kisah dia macam ni, semalam kami ke Endau, tujuan utamanya, mak che mat nak menziarah kawan lama dia yang balik dari Haji. Dan masa dalam perlajanan tu, kami singgah ke pasar Mersing dulu. Che mat memang suka pasar Mersing, ikan dia segar2. Kalau dulu pasar Endau jadi pilihan, tapi sejak dah tukar ke pasar baru ni, keseronokkan memilih dan membeli macam dah kurang sikit, walaupun pasar  Endau yang baru ni bersih dan lebih teratur, tapi tempat pakir dia, susah gila, dah lah sempit. Ikan pun biasa2 saja tak macam dulu. Tempat2 macam ni kalau kita nak ikan segar, kena datang awal pagi. Ok, berbalik cerita pasal pasar Mersing tu, kami bertolak dari rumah sekitar jam 6.30 pagi dan sampai dalam jam 9.00 pagi, memang masa yang sesuai untuk ke pasar.

Selain ikan2 segar, udang, sotong dan ketam. Ada juga makanan laut lain seperti kerang, harga kerang boleh tahan mahal, sekitar RM 15 sekilo dan che mat beli 4 kilo RM 50, tapi yang tu bukan che mat punya, jiran kami kirim. Tapi che mat lebih tertarik dengan 'sepupu' kerang yang macam dalam gambar tu. Kata penjual tu, ini 'lala', tapi rasa macam muskhil pulak, betul ke tak. Takpe, kita beli sekilo (sekilo = RM 10). Kulitnya bersih dan kalau nak masak pun tak was2. Tadi pagi sempat juga share di FB dan bertanya pada sahabat2 FB apa nama kerang ni. Dan ada sorang ni kongsi komen yang dipetik dari internet, kerang ni nama dia kerang 'kerek'. Dan jenis kerang dari laut dalam. Patutlah kulit dia bersih. Isi dia pun putih dan rasa dia manis. Tak rugi beli. Resipi ni kalau nak cuba, boleh gantikan dengan kerang, kupang atau pun siput sedut...Jomm kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg kerang 'kerek' (seperti dalam gambar di atas)
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan asingkan akar dan daunnya
1 paket perencah tomyam adabi (atau 1 camca besar pes tomyam pilihan anda)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca teh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang holland, hiris kasar
1/2 inci halia, hiris halus
10 biji cili padi Thai, diketul
1/4 cawan air atau secukupnya
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kerang kerek dicuci bersih, toskan. Akar daun ketumbar diketuk dan daunnya dihiris. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai, bawang putih, akar daun ketumbar dan halia. Masak hingga harum dan layu. Masukkan cili padi thai dan pes tomyam. Kacau rata dan masukkan sos tiram dan sos cili. Boleh masukkan kerang dan daun limau purut. Besarkan api dan gaul rata.
  2. Tuang air dan tutup kuali, masak hingga kerang terbuka kulitnya. Tambah hirisan bawang holland, kacau dan masak hingga bawang layu. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar dan jus limau nipis. Gaul rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas...Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.