RESIPI KETAM MASAK LEMAK SAMA NANAS

Assalammualaikum, cakkk! Buat apa tu, hari ni che mat nak kongsikan resipi yang amat biasa dimasak terutama oleh orang2 Johor (dan juga orang2 negeri lain). Iaitu ketam masak lemak sama nanas. Ketam masak lemak ni bukan lah macam masak lemak orang nismilan tu, tapi lebih kepada masak lemak gaya orang Johor. Kurang pedas dan menggunakan cili hidup (cili merah). Santan pula diasingkan yang cair dan yang pekat. Yang pekat diletak akhir, untuk mendapat kuah masak lemak yang cantik dan pekat. Kalau guna santan kotak pun sama, letak akhir dan biarkan mendidih dengan api kecil. tapi jangan lama sangat nanti santan berkepala, masak lemak jadi tak cantik. Tapi yang che mat tulis ni, cara atau style che mat masak, mungkin orang lain, cara mereka berbeza, yea dak. Tak salah kita berkongsi, kalau tak nak ikut pun takpe, sekadar menambah ilmu pengetahuan.

Ketam yang che mat gunakan saiz dia memang besar. Ingat tak entri sebelum ni, kisah che mat ke pasar Mersing? Haa. kat situ lah ketam ni berasal. Beli 3 ekor ni pun dah sekilo lebih, tapi berbaloi sangat, ketam segar, warna dia pun cantik. bau pun fresh, bau laut. Harga pun dalam kategori berpatutan juga, sekilo cuma RM 32, dan 3 ekor che mat beli tu, sekilo lebih sikit, sekitar RM 37 ajer wakk. Tapi tadi bila dah masak, isi dia penuh, padat dan manis rasanya. Ada yang suka keram kecik2, che mat pulak lebih suka yang besar, sebab isi banyak. Apa tah lagi bila dimasak dengan nanas, bertambah2 sedap rasa kuah dia...ishh, rasa nak buat lempeng lah, cicah kuah ketam....Apa2 pun jomm kita semak resipi dulu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ketam bersaiz besar
1/2 biji nanas madu, yang telah dikupas, buang empulurnya dan hiris sederhana tebal
2 batang serai
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis (optional)
200 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang cili merah
10 ulas cili padi
1 1/2 inci kuyit hidup
1/2 inci belacan
2 keping hirisan nanas

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ketam dibuang kulit kerasnya, potong hujung2 kaki ketam yang kecil. Kerat 2 setiap seekor. Buang duri2 tajam pada penyepit ketam dan bersihkan juga bahagian dalam ketam. Buat hingga selesai, bilas dan toskan. 
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama2 serai, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Masak dan kacau perlahan, masak hingga keram berubah warna. Tuang air secukupnya, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan nanas dan kiub ikan bilis (jika guna), masak hingga nanas lembut.
  3. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula jika suka (che mat tak taruk gula sebab nanas dah manis). Akhir sekali masukkan daun kunyit, kacau dan biarkan mendidih dengan api kecil, kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.