RESIPI AYAM MADU MELEKIT

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Resipi ayam madu melekit, atau orang putih sebut sticky honey chicken. Tapi dalam bahasa melayu lagi sedap lah bunyi dia. Resipi dia memang mudah dan tak banyak bahan2. Ayam tu pulak boleh guna apa2 bahagian yang kita suka, tapi che mat syorkan guna bahagian kepak atau peha. Kalau guna bahagian dada, kita boleh jadikan isi ayam tu sebagai inti sandwich atau taruk dalam roti pita. Dari gambar nampak memang betul2 melekit kan, dah agak gelap sikit, yang gelap tu sebab ada guna kicap. Eh, nampak macam ada kacang tanah ajer, yang tu memang kacang tanah, tak taruk pun takpe, optional, che mat saja letak sebab ada belen kacang dalam balang, tak banyak pun, kurang lebih satu sudu besar saja, rimas tengok tak habis2, ku cempakkan masuk, kan kita yang buat dia, yea dak...

Bagi yang suka pedas, boleh tambah sedikit chili flakes atau nak lebih seksi lagi, masukkan sedikit cilipadi, tapi jangan banyak2, kang menyenggau pulak, awas yea, kalau dah taruk cili padi, toksah pi sumbat ayam tu kat anak2 kecil, kesian budak tu kang, terseksa menahan kepedasan. Che mat ada juga guna cili, tapi cili kering, tu pun dalam 3 tangkai saja. Ayam madu melekit ni paling ngam dirataj saja. Tapi kalau nak makan dengan nasi pun ok. Sebelum terlupa, ayam tu che mat beli di sini...Jangan lupa singgah...Jomm kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 bahagian kepak ayam, dipotong dua setiap satu, cuci dan toskan*
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus dan gaul rata dengan ayam tadi, perap 20 minit)
1/2 cawan tepung gandum
3 tangkai cili kering, hiris halus, buang biji, cuci, toskan dan lap kering dengan tissue dapur
3 ulas bawang putih, dicincang
3 camca besar madu
1/2 camca besar gula
1 camca teh cuka makan
1 camca besar kicap cair
1 camca besar mentega
1 camca besar penuh kacang tanah yang telah digoreng, optional
Sedikit bijan yang digoreng tanpa minyak, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, yang dibuang biji dan didadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam yang diperap tadi, kita gaul rata dengan tepung gandum. Kemudian goreng hingga ayam masak dan garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari dalam kuali dan tinggalkan anggaran 2 camca besar. Masukkan mentega dan biarkan mentega cair.
  2. Goreng cili kering hingga garing dan tolak ke tepi kuali, guna api sederhana. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan madu, gula dan kicap cair. Kacau rata, dan tambah cuka makan. Masak hingga berbuih dan kacau sentiasa, api biar kecil.
  3. Masukkan ayam goreng dan kacang tanah goreng tadi, gaul rata dan masak hingga kering. Matikan api, alihkan ke dalam pinggan sesuai, tabur bijan, hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil. Hidangkan segera...Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.