RESIPI ASAM PEDAS IKAN MAYONG BEREMPAH

Assalammualaikum, salam Rabu semua, pagi che mat dah siap masak, lepas tu cepat2 masukkan dalam blog. Ini entri pertama untuk bulan Oktober, maaf lah sejak2 ni che mat sibuk sikit, bila siap saja masak, ada pulak hal lain yang kena uruskan, maka tak berkesempatan nak ambik gambar. Laptop pun sampai bedebu dah, sebab jarang bukak, jangan tumbuh pokok sudah lah. Hari ni che mat kongsikan resipi asam pedas ikan mayong berempah. Seakan2 asam pedas orang Melaka, tapi tak sama, dia orang kat sana suka masak asam pedas daging tetel. Che mat gunakan ikan mayong putih, sebab jenis tu lagi sedap dan lembut, dan tak berbau macam ikan mayong yang warna gelap. Tapi kalau tak makan ikan mayong, boleh tukar guna ikan tenggiri, ikan merah, ikan senangin, ikan pari atau apa2 ikan yang kita suka, janji ada isi, jangan guna ikan bilis sudah lah (ehh, tapi kalau ikan bilis segar jenis yang besar2 tu, boleh juga kalau nak cuba, yea dak). Memang dah berpuluh2 resipi asam pedas che mat kongsikan dalam blog ni, tapi yang ini ada sedikit kelainannya. Ishh, cuaca mendung2 gini rasa macam lapo pulak wakk, nengok gambo asam pedas tu...Nak cuba masak tak? Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 bahagina kepala ikan mayong jenis putih, dipotong
2 keping keratan isi ikan mayong putih
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 camca besar tepung gandum
2 camca besar garam kasar (kalau takde, guna garam biasa)
2 biji terung ungu
1 biji tomato
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan
1 batang serai
1/2 cawan cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa Adabi
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1/2 camca besar lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kepala ikan mayong dan isinya yang telah dipotong, kita cuci bersih, kemudian gaul dengan jus limau nipis, tepung gandum dan garam kasar hingga rata. Biarkan selama 20 minit. Kendian cuci bersih2 dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, kerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan, rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam (tujuan untuk mengelakkan terung jadi lebam birat). Tomato dibelah 4, bunga kantan dibelah 2 setiap 1 dan serai dititik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/4 cawan. Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Gunakan api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya, anggaran 800 ml, kacau dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan mayong dan kiub ikan bilis, kacau rata, biarkan masak sekejap. Boleh masukkan daun kesom, bunga kantan dan terung (toskan dulu air rendamannya), Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan sedikit gula, kacau rata. Masak hingga terung lembut, akhir sekali masukkan tomato. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas dengan nasi putih, telur dadar, ulam2man dan kalau suka tambak sayur kangkung goreng belacan...Hmmm, sedapp wakk!...

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.