RESIPI RENDANG AYAM

 Cakkk! Assalammualaikum, selamat hari raya, maaf zahir batin semua...Masih beraya ke tu? Pakcik memang hari2, hari raya, tu pasal hari ni masak rendang dan rebus ketupat, tapi bukanlah ketupat daun kelapa, cuma ketupat Nona saja yang kita mampu. Dan disebabkan ketupat Nona tu jugalah che mat bikin rendang ayam. Kisahnya macam ni, semalam pakcik kemas2 dapur, sekali jumpa belen ketupat Nona yang belum berebus, nasib baik masih elok dan tak berbubuk, kalau tak, alamatnya pembaziran berlaku lah, kena buang. Tu yang pagi tadi lepas subuh, terus che mat rebus dan keluarkan ayam kampung serta santan dari dalam freezer. Bahan2 dah ada, sedap juga kalau ketupat tu nanti dilawankan dengan rendang ayam.

Ayam yang che mat gunakan ni jenis muda dan kalau nak buat rendang tak boleh dimasukkan awal, nanti lucut semua isi dia dari tulang, hancur bersepai. Jadi cara terbaik, kita masukkan ayam bila kuah rendang dah pekat dan naik minyak. Oh, yea che mat nya rendang kali ni tak tumis yea  sebab kita dah guna santan kelapa banyak. Tapi kerisik memang taruk lah. Bagi yang tak sempat buat kerisik sendiri, kita boleh guna kerisik yang dibeli dan untuk mendapat rasa seperti kerisik buatan sendiri, che mat ada tips. Caranya kita goreng tanpa minyak kerisik yang dibeli tadi hingga harum, kemudian tumbuk biar betul2 halus dan berminyak. In sha Allah rasa rendang kita lagi sedap dan seakan2 kerisik yang dibuat sendiri, pada hal kedai yang buat. Satu lagi che mat hanya guna daun kunyit sahaja, tapi kalau suka daun limau purut, boleh masukkan. Selain ayam,  boleh gantikan daging. Resipi boleh semak di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung muda, berat kurang lebih 1.2 kg, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 kg santan pekat
3 helai daun kunyit, sehelai disiat, 2 helai lagi dimayang halus
1/4 cawan cili kisar
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
12 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/3 cawan cili padi (che mat guna cili padi kampung yang merah)
2 inci kunyit hidup
8 batang serai, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama cili kisar dan santan pekat. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga pekat dan naik minyak. Masukkan ayam, asam gelugor dan daun kunyit yang disiat, gaul rata, sederhanakan api dan masak hingga ayam empuk.
  2. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam secukupnya, gaul rata dan masak hingga ayam betul2 masak. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dimayang tadi, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan dengan ketupat, lemang atau roti.
CATATAN MAT GEBU :- Rendang ni tak perlu tumis kerana santan akan menghasilkan minyak sendiri, satu lagi cili padi tu boleh kurang atau lebihkan. Kalau guna daging jenis batang pinang, boleh ikut macam masak rendang ayam kat atas tu, kalau guna daging pejal, sila masukkan selepas santan mendidih, tak perlu tunggu sampai santan naik minyak. Gula tak perlu sebab santan tadi akan beri rasa manis semulajadi dalam rendang yang kita masak. Ok, tu saja, selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. Betul tu chemat, ayam muda ni kena masukkan last sampai rencah betul2 masak. Mujur juju dah belajar buat rendang sejak 2 tahun lepas, tak adalah nanti Abg Qi balik raya umi tak pandai buat rendang hahaha

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.