RESIPI KERABU MANGGA SAMA DAGING

Assalammualaikum, salam semua. Dah siap masak ke tu? Che mat ni ari tak masak, sebab nasi semalam masih ada dan petang semalam dah siap masak asam pedas ikan pari. Jadi ni ari boleh lah bermalas-malasan. Tu cakap ajer, dok kat rumah ni kau ingat ada masa nak bermalas2an? Walaupun bila mata kau mengantuk, boleh lah lelap untuk 10 - 15 minit, tapi lepas tu kerja dah menunggu. Nak2 bila kita tinggal di kawasan rumah yang ada tanah, lain lah rumah atas kayangan, halaman pun takde, tak payah nak sapu2 sampah daun2 kering dan sebagainya, betul tak? Jadi hari ni che mat bikin resipi paling senang nak buat dan sedap dimakan sesambil membawang. Memandangkan kita masih dalam suasana hari raya korban dan sudah pasti ada yang banyak dapat daging korban, jadi apa kata kita bikin kerabu sama mangga muda, buat ratah2 macam tu, sedap dia, mintak ampon wakk, betul pakcik tak tipu nak.... 

Mangga muda tu che mat beli, kalau nak curi kat pokok orang pun boleh tapi mati esok kau sendiri jawab lah dalam kubur, tu belum time kat akhirat. Jadi, elakkan mencuri atau dalam bahasa lebih sopan, ambik tanpa pengetahuan pemiliknya. Daging tu ikut apa jenis daging yang kita dapat, kalau daging batang pinang, kita boleh bakar ajer sampai empuk. Kalau jenis daging pejal, kenalah rebus dulu. Selain daging, boleh guna udang atau sotong, kerang pun boleh. Kiranya kerabu ni asas dan kita boleh masukkan apa yang kita suka. Dan yang penting rasa perlu seimbang, kena ada pedas, masin, manis dan masin. Arome herba pula datang dari serai, bunga kantan dan daun pudina. Daun pudina tu kalau tak suka, tak perlu taruk atau boleh ganti dengan daun ketumbar. Yang penting ikut citarasa sendiri...Ok, jomm semak resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging
3 biji mangga mengkal, kupas dan rendam
1 genggam daun pudina
1 biji tomato, buang biji dan hiris halus memanjang
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambik bahagian putih dan hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 camca besar sos ikan
5 biji limau kasturi, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, untuk hiasan

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
2 biji cili merah
10 biji cili padi kampung, boleh kurang atau lebihkan
1 inci belacan, dibakar
1 ulas bawang putih, dibakar
1 camca besar gula melaka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging direbus hingga empuk (kalau rebus, masukkan sedikit hirisan halia, bawang putih dan sedikit garam), tos dan sejukkan, kemudian hiris daging tadi nipis2, ketepikan. Buah mangga di sagat halus memanjang dan masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Masukkan hirisan bunga kantan, serai, bawang besar, dan tomato. Sementara itu satukan bahan2 tumbuk dengan sos ikan, kacau rata dan masukkan ke dalam bekas berisi kerabu tadi. Gaul hingga rata.
  3. Tambah jus limau kasturi dan daun pudina, gaul rata dan sesuaikan rasa, tambah apa yang perlu. Untuk menghidang, alas mangkuk atau pinggan hidang dengan daun salad dan taruk kerabu atasnya dan boleh hidangkan, sedap dimakan dengan nasi panas atau diratah macam tu saja....Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.