RESIPI AYAM MASAK BALI

Assalammualaikum, salam semua, masak apa hari ni? Kadang2 blurr jugakkan kalau hari2 nak pikir apa nak masak. Kat rumah che mat sebenarnya menu hidangan agak ringkas dan mudah, Mak che mat lebih suka peria katak masak asam rebus atau dicelur dan dimakan sama air asam. Che mat pulak tak kesah, telur mata curah kicap pun jalan. Tapi hari ni nak masak ayam masak bali, tak taulah kat Bali ada ke tak resipi macam ni. Kat Malaysia ni, orang2 dia kan kreatif, macam air bandung dan mi bandung yang tiada di Bandung. Untuk resipi ni che mat guna 1/2 ekor ayam kampung, tapi faham2 ajer lah, ayam kampung kalau 1/2 ekor tu banyak mana sangat lah. Dalam gambar tu lah hasilnya 1/2 ekor ayam kampung. Tapi kalau guna ayam daging mungkin banyak sebab saiz ayamnya yang besar. Ada orang suka ayam masak bali yang kering, tapi che mat suka yang berkuah sedikit dan ditambah bawang hiris. Resipi ini memang senang nak buat dan resipi dia boleh rujuk kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam kampung (kurang lebih 500+ gram), dipotong ikut suka, cuci bersoih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
1 biji bawang Holland, hiris bulat dan leraikan
3 batang serai, diketuk
2 tangkai daun kari, dilurut
2 camca besar cili kisar, kalau suka pedas boleh tambah lagi
3 camca besar kicap lemak manis
1 1/2 camca besar gula perang @ gula pasir
Garam secukup rasa
1 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sebesar hujung jari, belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Goreng ayam yang diperap tadi hingga masak, tak perlu sampai garing, angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak lebihan goreng ayam tadi dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan. Tumis serai hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, kacau sentiasa.
  2. Tambah daun kari dan bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan kicap lemak manis dan gula, kacau rata. Tambah ayam, gaul dan masukkan air. Kacau dan kecilkan api, masak hingga kuah pekat.
  3. Rasa dulu, jika perlu baru dimasukkan garam. Akhir sekali masukkan hirisan bawang Holland, kacau rata dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain...Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. Ohh ada guna belacan ehh? Hmm .. tak penah lagi masak ayam bali ni

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.