DAGING HALIA SOS TIRAM

rsz_daging_halia_sos_tiram
Assalammualaikum salam semua. Lepas menghadap menu2 raya yang agak mewah, che mat rasa menu ringkas lebih sesuai dihidangkan. Hari ni kita masak daging halia sos tiram. Hidangan paling senang, palin ringkas dan yang pasti kanak2 boleh makan, sebab tak pedas. Cuma nasihat che mat bagi yang ada sakit gaot toksah lah yea makan, takut memudaratkan. Yang ada tekanan darah tinggi pun jangan makan banyak2, danger ok, termasuk che mat, makan setakat 1-2 keping tu in sha Allah boleh lah, Bahan2 pun tak banyak dan untuk daging, che mat pilih jenis batang pinang, Kalau anda guna daging biasa, pastikan rebus dulu hingga daging empuk. Sedap dimakan bersama nasi panas. Jika anda suka pedas, boleh tambah hirisan cili atau masukkan lada hitam. Nak mencuba?..Jomm kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
2 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 camca besar kicap cair*(*disatukan, gaul rata dan perap 1 jam)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, hiris
1 biji cili merah, hiris
4 camca besar penuh sos tiram
1 cawan air
1/2 camca teh lada hitam kisar
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang putih hingga harum, kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, masak dengan api kecil hingga daging berubah warna. Tambah sos tiram, kacau rata dan tuang air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Masak hingga daging empuk (selalunya daging batang pinang cepat lembut), tambah sedikit air jika suka kuah lebih. Masukkan lada hitam kisar, leek (toskan dahulu), hirisan bawang besar dan hirisan cili merah. Kacau rata dan masak sampai kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas.....Selamat mencuba!!

Post a Comment

7 Comments

  1. perghhh akan di cuba masak resepi ni soon..

    ReplyDelete
  2. rumah saya kena ada menu daging setiap minggu sebab anak2 suka..bukan setiap hari ye, betul kata CikMat, orang ada darah tinggi kena beringat selalu kelau nak melantak daging ! rugi..rugi..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsi resepi. Nanti saya cuba.

    ReplyDelete
  4. Nmpk sedap..nnti boleh try.tq bg resepi :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.