Assalammualaikum, salam semua. Banyak hari juga che mat tak taruk entri baru. Bukan tak masak, malah terlebih masak dan terlebih sibuk sampai che mat tak sempat nak pegang kamera untuk ambik gambar. Masih dalam mood raya, tapi bukan che mat keluar beraya, tetamu datang beraya di rumah dan kita sebagai tuan rumah kenalah layan sebaik mungkin. Menu yang anda nampak ni che mat masak semalam, Kita masak lemak udang sama nanas @ nenas. Resipi mudah dan che mat kategorikan masakan ini bawah label 'Nyonya Delicacies'. Ia seakan2 masakkan kita juga tak jauh beza, malah orang peranakan sendiri dipengaruhi cara dan selera orang melayu. Contohnya penggunaan santan kelapa, serai, daun kunyit, cili dan cara makan menggunakan tangan. Jika anda ingin mencuba, resipi seperti berikut....
BAHAN - BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, kupas, kemudian hiris sederhana tebal
10 ekor yang saiz besar, dibersihkan (che mat guna udang kaki merah saiz xxl )
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping kecil asam gelugor
1 santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah, tak suka pedas boleh buang biji cili
1 inci kunyit hidup
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawng putih
1/2 inci belacan
3 biji buah keras, hiris
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan nenas ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan udang, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna.
- Tuang santan pekat, kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula jika perlu (che mat tak taruk gula sebab nenas madu tadi dah cukup manis). Kacau dan sentiasa agar tidak pecah santan.
- Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan, ikan goreng dan telur dadar...Selamat mencuba!
CATATAN MAT GEBU :- Masa anda masak kuah akan bertambah kerana nenas akan mengeluarkan jusnya, jika nenas yang anda guna jenis masak ranum. Boleh masukkan sedikit gula kalau anda rasa perlu. Jika jenis nenas yang manis tak perlu taruk gula lagi. Selain udang, anda boleh guna ketam dan tulang ikan masin,,
5 Comments
mana pigi tipin biru? hehehe
ReplyDeletenampak macam sedap.. nak try nanti.. hehehe
ReplyDeleteTak sabar nak cuba!
ReplyDeletesedap nye saya jadi papar haaa ....
ReplyDeleteudang boleh gnati dengan ketam kan? tapi resepi sama ..
ReplyDelete