LEMAK PUCUK KELEDEK SAMA UDANG HARIMAU

rsz_lemak_pucuk_keledek
Salam semua. Entri masak2 pertama hari ni che mat masak satu menu typical orang peranakan Baba Nyonya. Pucuk keledek masak lemak dan che mat masukkan udang harimau dan juga ubi keledek. Biasanya asyik goreng campur tauco, apa kata sekali2 anda cuba resipi orang nyonya macam che mat bikin ni. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan. Nak bess lagi, topup telur dadar. Masakan ini tidak pedas, che mat guna 2 biji cili merah saja. Kalau anda suka pedas boleh tambah cili padi. Selain pucuk keledek, anda boleh gantikan dengan sayur kangkung. Nak mencuba?...che mat tuliskan resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk keledek
6 - 7 ekor udang harimau saiz besar
2 biji keledek saiz sederhana
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk keledek diasingkan dari tangkainya. Siang berasingan (ambil bahagian tangkai yang lembut sahaja), cuci dan toskan. Keledek dikupas, kemudian dipotong berbaji, rendam. Udang harimau dibersihkan, cuci dan tos. Ketepikan..
  2. Panaskan 3 camca besar minyak, tumis serai hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak dengan api kecil hingga naik minyak. Masukkan keledek, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan udang, tangkai daun keledek dan masak hingga keledek 1/2 empuk. Tambah asam gelugor. Masukkan pucuk keledek, kacau perlahan dan masak hingga pucuk keledek lembut. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap lagi hingga ubi keledek empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ikan goreng, sambal belacan dan nasi putih...Selamat mencuba!!.

Post a Comment

4 Comments

  1. sedapnya...dah lama x makan pucuk keledek...biasa buat goreng belacan je...

    ReplyDelete
  2. Pernah makan pucuk keledek sekali jer, tak berapa suka.
    Tapi tengok resepi ni macam sedap dan mengancam, in sya allah saya nak cuba masak resepi yg diberikan. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. sedapnya pucuk keledek...yummmm...tq pcm jadi blog rujukan selama ni heheh

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tgk udang tergolek-golek

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.