GULAI UDANG BUNGA KANTAN...

rsz_gulai_udang_bunga_kantan
Assalammualaikum, apa khabar anda?..Che mat masih batuk2 lagi nih, hadoi macam nak putus urat perut gebu bila batuk..geramm sangat. Mood che mat nak masak pun kurang, nak ambik gambar lagi lah, rasa tak selesa. Tapi semalam, sebab che mat masak gulai udang bunga kantan, gagahkan juga diri ambik gambar untuk entri blog hari ini. Che mat guna udang gantung. Udang gantung ni sedara mara udang galah tapi bersaiz lebih kecik dan kebiasaanya ada telur di bahagian perutnya. Che mat masak dalam 300 gram dan tambah sebiji timun sebagai bahan tambahan. Kalau ada belimbing atau rebung pun sedap juga.

rsz_gulai_udang_bunga_kantan1
Kenapa che mat kasi nama gulai udang bunga kantan?..Ini kerana, che mat kisarkan bunga kantan dalam bahan2 rencahnya. Kalau anda suka pedas, boleh tambah beberapa biji cili padi. Che mat hanya guna cili merah, sebab Bak kan tak tahan pedas. Selain udang gantung, anda boleh ganti dengan udang biasa, tapi pastikan saiznya kasar. Sedap dimakan bersama nasi panas atau pun dicicah lempeng dan roti canai. Ok, che mat tuliskan resipinya seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram udang gantung @ udang pilihan anda
1 biji timun
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan. belah 2 setiap 1
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
3/4 inci kunyit hidup
1 kuntum bunga kantan
Secubit belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat muncung tajamnya, buang kotoran dikepala udang. Gunting juga kaki2 kecil udang tadi. Cuci dan toskan. Timun dibuang kulit dan potong 3. Belah 4 setiap 1 dan buang empulurnya, cuci dan tos. Ketepikan..
  2. Masukkan udang ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga udang berubag warna. Tuang santan cair dan kacau. Bila mendidih, masukkan timun dan bunga kantan. Masak sekejap.
  3. Tuang pula pati santan, kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu. Masak hingga terung lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam2man..

Post a Comment

4 Comments

  1. Aku tgh xde idea nak masak apa ni Mat...tolonggggg!!!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya hirup kuah tu dgn rasa manis telur udang..pergghhh..tergugat iman..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.