ROTI SARDINE GORENG CELOP TELUR..

rsz_roti_sardine_goreng
Salam semua, hari ni entri simple senang mudah dan ciken dodol sangat. Ini semua gara2 roti yang hampir tamat tempoh. Takpe2, jangan risau, kita gunakan idea jangan cepat buntu, kan kita yang buat dia. Maka che mat buat satu benda yang senang dibuat dan pastinya menjadi kegemaran anak2. Resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 8 biji roti sardine goreng celop telur (kira2 16 keping roti sandwich yang telah che mat potong bahagian tepinya). Satu lagi kalau goreng minyak kena sederhana panas, kalau kurang panas nanti melengas. Satu lagi tak perlu goreng lama2 sangat, cuma roti sajakan, bukannya kulit popia. Goreng setiap bahagian 1- 2 minit atau hingga perang keemasan, dah cukup. Sedap dimakan panas bersama cili sos. Ok jom, che mat kongsikan resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
16 keping roti sandwich
2 keping keju cheesedale, potong 4 setiap 1
2 biji telur, dipukul sedikit
1 tin kecil sardine, asingkan ikan dan sosnya
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping nipis hirisan halis, cincang halus
Secubit garam
2 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum dan bawang besar layu. Masukkan ikan sardine (hancurkan), kacau rata dan tambah 3 camca besar sos ikan sardine. Tambah secubit garam dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Matikan api dan biar inti sejuk.
  2. Sekarang kita sediakan roti sardine. Che mat potong bahagian tepi roti. Ambil sekeping, sudukan kurang lebih 1/2 camca besar inti sardine, letakkan 1 potongan keju atasnya. Sapu telur pada bahagian tepi roti. Ambil sekeping lagi roti dan tutup atas roti berisi inti tadi. Tekan2 bahagian tepinya dengan belakang sudu hingga melekat. Kemudian trim biar nampak kemas. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Buat hingga siap
  3. Panaskan minyak, menggunakan baki telur tadi, celup sebiji roti sardine hingga rata dan goreng dalam minyak panas. Che mat goreng 4 biji sekali, goreng 2 minit untuk setiap bahagian atau hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Buat hingga siap. Boleh hidangkan untuk berbuka puasa. Sedap dimakan bersama sos cili..

Post a Comment

12 Comments

  1. kami selalu jugak buat roti sardin ni abang mat.. tapi selalunya kami gulungkan, then potong dua, cepat sikit masaknya.. hehehe..senang nak makan pon...

    ReplyDelete
  2. salam en mat..
    halalkan segala resepi yg diambil di blog ni.semua sedap2 .. menepati selera :-)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cmg
    nampak menyelerakan. Nak buat petang ni. Tq cmg, may Allah bless u.

    ReplyDelete
  4. salam cik mat. Bundo ambil resepi ayam pandan thai CP kat blog bundo. Halal ye cik mat.

    ReplyDelete
  5. baru cadang nak buat. try tgk2 resepi lain, sedap jugak ni..boleh la buat untuk sahur nanti kan. terima kasih bg idea. ;)

    Qiss Me Mommy Healthy

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak buat cengini. Paling tidak hari ni dah ada idea juadah utk berbuka. Terima kasih DTS.

    ReplyDelete
  7. alah sayangnye..semalam baru je buat sambal sardin..roti pon ade..patut cube ni..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. Siap ada keju lagi tu.

    ReplyDelete
  9. dah lame xbuat inti sardin..alamak..meleleh air liur haaaa~

    Jum lawat blog saya di http://mrsimberg.blogspot.com/

    Fanpage : https://www.facebook.com/obsesikesihatan

    ReplyDelete
  10. Simple recipe. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  11. Mattt..tumpang skodeng respi ye hehehehe

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.