MASAKAN KAMPUNG DI HARI YANG MENDUNG....

rsz_msk1
Assalammualaikum, salam Selasa...cuaca mendung kat Sedenak sekarang ni, tapi nasib baik sempat baju semua kering. Hari ni mat blurr sikit, tatau nak masak apa. Kata bonda masak yang mudah pun ok dah. Jadi cm mulakan operasi menyelongkar apa yang ada. Kebetulan beberapa hari lepas cm ada beli sebiji labu manis, plan asal nak bikin kuih bakar labu, tapi tak berapa nak rajin sangat atau dalam erti kata lain, malas...hehe. Jadi hari ni cm korbankan labu tadi, dimasak lemak campur kacang panjang. Kira menu ala2 kampung lah ni. Cuaca pulak mendung, memang sesuai sangat lah dengan apa yang cm masak....kita sambung cerita di bawah.......

rsz_msk2rsz_msk4
Kebiasaannya cm kalau masak labu, cm akan campur dengan kacang panjang atau sayur2 lain, seperti bayam atau pucuk paku. Dan seperti anda tahu, labu sejenis sayuran/buahan berunsur sejuk, maka cm tambah lada hitam. Dan nak kasi aroma dia lebih sedap dan harum, titikan serai serta masukkan daun kunyit yang disiat. Terpulang samada nak guna serai sahaja atau daun kunyit sahaja, cm suka guna dua2 jenis (dan ada yang letak daun selasih)....Kemudian, kita goreng ikan pulak. Anak ikan bawal memang cm suka, nak2 bila digoreng garing...sedaappppp!!!..

rsz_msk3rsz_msk5
Satu lagi feberet cm ulam2man, seperti pegaga, selom, ulam raja (seperti gambar atas) dan lain2. Daun ulam raja ni kena pilih yang muda kalau tua, ia agak keras dan berhampas masa makan nanti. Semalam cm kan pergi ke Endau, Mersing, jadi ada beli buah kuini, cm ambik sebiji dan ku debik jadikan sambal belacan....perghh, serius boleh pengsan okeh bila makan sama ikan goreng, labu masak lemak dan ulam.  Kadang2 yang simple itu lagi menyelerakan. Untuk entri ini cm tak tulis resipi lah yea, lagi pun bukan apa sangat cuma masak lemak labu manis resipi (di sini) dan sambal belacan buah kuini saja...Terima kasih sudi singgah dan baca entri biasa2 cm ini....Salam sayang semua.

Post a Comment

12 Comments

  1. Hari ini kakak bawa bekal satu darinya lauk kita sama - anak ikan bawal goreng:) Kalau dapat sayur CM lagi best...

    ReplyDelete
  2. sedapnya.... meleleh ayaq liuq cek. nasib baik tak mengandung

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CM satu menu yang lengkap..kena dgn sambal dgn ikn gorengnyer...perghhh terangkat tak kiralah mendung ke tak mendung CM janji sodap...jika ader kesudian silalah intai2 blog saya yang tak seberapa ni yer CM...tkasih
    http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. kwcur ayaq lioq tgk sambal belacan kuinin tu..

    pebret sy sambal macangg..kalau mak buat mesti kena buat banyak sebab sy tibai sorang je kalau buat sikit :p

    ReplyDelete
  5. bila mendung2 lauk2 macam ni memang yang paling berisiko untuk kita menambah2 nasi tau CM.. hehehe.. CM, dekat2 umah CM tu ada umah kosong tak???

    ReplyDelete
  6. CM nana berkenan kat pingan tu antik...

    ReplyDelete
  7. wah,gulai lemak labu...lama yak makn:)

    ReplyDelete
  8. sambal belacan sambal belacan sambal belacan, pengsannnnn. sedapnya,terliur!

    ReplyDelete
  9. bestnya kalau ade delivery makanan2 macam nie...ya Allah sedapnya

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/khasiat-gla-tak-habis-sebotol-dah-hamil.html

    ReplyDelete
  10. Sambal belacan dengan kuinin tu memang terliuq...

    ReplyDelete
  11. Kecur tengok sambal belacan kuini tuh...Kuini tu faveret saya, tapi tak pernah buat sambal belacan..boleh CM share recipe? Slurrppp....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.