Assalammualaikum, selamat petang...cm dah mula kesibukkan sikit, dan masak pun cuma yang ala kadar dan mudah dibuat. Memandangkan pagi tadi dalam jam 9.30 cm ada urusan lain, kenalah masak awal. Menu pun yang ringkas2 dan cepat dimasak. Cm masak tumis air sawi putih, ada kerabu buah kuini, ikan goreng dan sambal tumis ayam sama petai. Pertama kali ni masak sambal tumis ayam letak petai. Plan asal nak guna udang, tapi kesian kat Bak, dia kat ada gaot, walaupun dah ok, tapi kena juga pantang, takut nanti bila makan akan jadi mudarat. Sedap juga sambal tumis ayam letak petai ni, dan cm tambah serai dan daun limau purut. Untuk resipi ini cm gun 2 keping dada ayam dan 2 papan petai bersaiz agar besar. Kalau takde anda boleh saja guna isi petai yang ada dijual di pasaraya atau pasar basah. Sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam dipotong kiub, cuci dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
2 senduk nasi cili kisar
2 papan petai, ambil isinya
1 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 kiub pati ayam
1 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras, dihiris
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali goreng ayam yang diperap tadi hingga masak, jangan sampai garing, goreng lembap2 sahaja. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan.
- Tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan pes asam jawa. Kacau rata. Tambah ayam, isi petai dan daun limau purut. Gaul rata.
- Masukkan bawang besar, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..
14 Comments
Fuhhhh nikmatnya kalau dapat rasa
ReplyDeletewww.broframestone.com
(+________+)"
ReplyDeletelapar~
OK. bila cik mat nk buat kompilasi semua resepi ni?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWaa sedapnye..jom kawan2 blog CM kita sertai http://peraduanmalaysia.blogspot.com/2013/07/pencarian-best-food-writersphotographer.html Tunjuk bakat masakan anda semua. Good Luck to all!!
ReplyDeleteblogwalking & tiba2 ternampak sambal ayam bersama petai....with picture yg menyelerakan...bsok kna pg pasar cari petai la ni...
ReplyDeleteaduhh sangat tergoda, mesti sedap
ReplyDeletewww.akupenghibur.com
wahh...kesukaan saya nih...
ReplyDeletehttp://fantastiquegallery.blogspot.com
sedapnya. kalau ada ikan bilis skit.huhu
ReplyDeleteCM...this looks so yummylicious! Semalam saya try masak lemak cili padi udang bersama nenas, resepi CM..sedap hingga menjilat jari! Thank you :)
ReplyDeleteAssalam Mat, masyaAllah...terliurnya tgk sambal ni...eh sambal ayam + petai eks, akak x pernah try lgk...nnt nak cuba laa Ramadhan ni...hari ni pun sabauuu je la tengok.. ^_^
ReplyDeleteSodap nya nampak eh
ReplyDeleteKlu masakan thai, resepi ni kite pgl masak pedas..sbb ade serai n daun limau....
ReplyDeleteKlu masakan thai, resepi ni kite pgl masak pedas..sbb ade serai n daun limau....
ReplyDeleteperghhhh sedap!!nk try la..
ReplyDeleteherdiaryoflife.blogspot.com