BEN ASHAARI

Tuesday, January 1, 2013

LABU MANIS MASAK LEMAK DENGAN KACANG

rsz_labu_masak_lemak (1)
Assalammualaikum, selamat tahun baru 2013...Sebenarnya mat ada buat kek, tapi sementara tunggu kek tu semua set, kita lihat dulu entri makan tengah hari tadi, sebab nak habiskan labu yang hampir kecut. Labu tu tersembunyi belakang barang2 dalam peti sejuk, jadi masa kemas2 tadi jumpa, masih elok, cuma ada sikit keuzuran dibahagian tepi2nya, bila dibuang, terus nampak molek. Takpe, kita kasi perabih, masak lemak dengan kacang panjang. Selain tu mat masak juga asam pedas ikan pari (yang ni tak perlu buat entri, dah kerap sangat), bakar ikan cencaru dan goreng ikan masin tenggiri jeruk. Sambal belacan memang dah ada, sambal air asam budu pun ada juga. Cukup masa, santapan tengah hari pun bermula. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancarnya...dan che mat santap asam pedas itu dengan bessnya....bercelaru cerita aku awal2 tahun ni...lantak lah kan, janji anda faham...ok ni resipi untuk mereka yang baru belajar nak masak..yang dah pandai..dok diam2..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis, kupas dan potong kiub besar2
10-12 tangkai kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan
1 helai daun kunyit, disiat
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan labu ke dalam periuk bersama bawang besar, bawang putih, udang kering, serai dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Bila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan daun kunyit. Jika perlu tambah sedikit air.
  2. Tuang pati santan, masukkan serbuk kunyit dan lada hitam. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan dikacau selalu. Masak sekejap, bila labu lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, nasi hangat dan ikan masin/ikan goreng..


4 comments:

pink.plate.liyana said...

menu kite semalam..cuma tiada kaceng =)

kakinakl.com said...

salam mat

selamat menyambut tahun 2013 semuga dunia masakan bertambah ceria

HONEY LEMON said...

salam mat gebu...selamat tahun baru 2013...

NisaUsoff said...

Salam che mat,

Nisa mintak izin copy resepi ni ya... terima kasih...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.