Makin diam makin menjadi, pernah sekali aku up kan isu ini dulu, tapi biasalah, kalau dah dasar bangsat, mana nak dengar, mana nak ambil port. Nampak gambar atas tu, blog yang pemiliknya punya otak keldai, sebab jenis tak tau malu. Blog pulak amat2 minima, ruang komen pun takde. Benda2 macam ni kalau berlaku pada blogger2 masakan memang pekara biasa. Macam aku, kes lagi besar aku pernah kena dulu, siap gambar dari blog aku jadi label produk makanan IKS lagi, tulah kan orang kita, kalau maju pun ada terselit benda yang tak elok, kalau tak rasuh, main kotor dan benda2 macam ni, plagiat hasil orang lain. Semua nak senang, semua jenis kaut apa yang ada depan mata tanpa selidik atau ambik tau benda tu halal ke, haram ke, janji RM masuk, haishh, susahlah, tapi aku tulis ni bukan lah kata semua, hanya "SEGELINTIR' mereka yang mencalit arang ke bangsa sendiri. Jemu juga nak fikir pasal isu2 macam ni, tapi kalau anda berada dalam situasi che mat, mesti anda juga rasa yang sama. Jangan ingat ini pekara remeh, tak perlu nak bising...kalau didiamkan, alamatnya makin besar lah kepala..
Aku xplore blog dia pun setakat yang aku larat jee lah (dan aku tak pasti pemilik dia sama ada lelaki atau perempuan. Kalau perempuan lah, bikin malu kaumm luuu siaa!!!). Boleh nampak sendiri kat 'linkwithin' ada banyak lagi gambar dan resipi dari blog DTS. Susahlah nak cerita orang macam ni. Baru2 ni aku ada gak nampak satu blog lain, ambik gambar muffin dan beberapa lagi gambar cupcake dari blog aku. Dia crop betul2 kat bahagian muffin, lepas tu kata "ini antara hasil terkini dari dia"....what the hell!, malulah weyy!!!...tulis macam tu. Perasan macam bagus....
Satu lagi nasihat aku lah, mana2 yang nak berniaga kek, cupcake dan apa saja melalui Blog atau FB, pastikan gambar yang anda letak ialah dari hasil produk anda sendiri. Jangan tipu, guna gambar orang lain lepas tu kata hasil dari produk yang anda jual..tak berkat macam tu. Jangan guna alasan "saya tak tau pulak tak boleh" atau "alaa, kira amal jariah jee lahh"...ha ah banyak nko nya amal jariah. Tak salah amal jariah, tapi amal jariah perlu disertakan dengan keikhlasan pemilik asal, bukan sewenang2 ambil hak orang lain, lepas tu nak tutup pekong sendiri, guna alasan yang melibatkan hukum hakam Agama. Link ke blog tu aku tak bagi, tapi dah jelas kat gambar, anda lihat lah sendiri....hmmm....aku amat2 kecewa, minta maaf kalau ayat aku kasar dalam entri ini....lepas geram?...Tak sama sekali, cuma tulis apa yang aku rasa....tu saja..
58 Comments
ape la salah buat sendiri pastu ambik gambar...kenapa nak kena curi gambar org...?
ReplyDeletebaik buat sendiri pastu tepek kat blog...lg la puas hati dr curi gmbr orang :)
DTS jgn marah2 :)
Apa kata lepas ini.. gambar diambil berlatar belakangkan tiffin biru.
ReplyDeleteIf curi atau crop. Masih nampak kesan birunya.
Ok x cadang bro nie.
Memang kena cari identity macam uncle gedek or fatin liyana buat.
moga2 dia sedar akan kesalahan itu~
ReplyDeleterasa mcm geram lak bila lawat blog & FB dia.. bukan satu dua gambar masak cik mat kita.. penuh. dah tu letak watermark dia double atas watermark asal.. Sampai macam tu sekali gigih dia mencuri hasil kerja org. kalau x tau masak jgn buat blog masak2.. mustahil org camtu tau masak. kalau dia tau masak dah tentu ada hasil sendiri yang cantik2. tak perlu nak amik gambar org buat hak sendiri
ReplyDeletebuat watermark penuh 1 gambar la.. yg ala2 transparent tu cik mat.. dia nak crop celah mana lagi.. hahahahaha
ReplyDeleteberat y memandang. berat y memikul..
ReplyDeletemoga ada kesedaran atas tiap PENCURI y sewenangnya mgunakan hasil titis peluh blogger masak2
BUAT WATERMARK JD ORG TAK BOLEH CURI SESUKA HATI
ReplyDeleteWah marah betul Cik Mat..tulah nak cakap macam mana..walau pun ada copyright act tapi tak leh buat apa pun....irang ambik jalan pintas..aje sekarang nie
ReplyDeleteTeruknya.. Sabo ye cik mat..:)
ReplyDeletehaha..pernah cadangkan cam kak suria tu kat pcm dulu...bagi penuh satu gambar tu senang...tak pun, letak betul2 kat atas lauk tu ha...ggrrr...
ReplyDeletecadangan bro framestone pun ok juga tu...tapi camne nak terapungkan makanan berlatar belakang tiffin biru ntah...errrrr
aik.. dah letak nama pon dia siap tindih kan nama blog dia.. giler punye orang
ReplyDeleteAssalamualaikum cik mat....betul la mama sokong ngan pendapat bro framestone kat atas tu buatkn latar belakang tiffin biru jadi susah juga die org nak cilok gambar cik mat tu....
ReplyDeleteNak senang tu agak2 la jgn nak curi gambar org lain pulakn...
diorang tu berminat ngan gambar cmg la..cantik2 gambar makanannya..yg diorang buat tak secantik tu..ambik kesempatan atas hasil org lain..siap buat watermark dia punya pulak..sabar je la cmg ye..:)
ReplyDeletebagi flying kick jee..hehe.
ReplyDeleteSalam.. Memang geram betul dengan mereka yang tak bertanggungjawab ni.. Sesuka hati je copy entri dan gambar dari blog DTS..
ReplyDeleteLepas ni Cik Mat buat watermark dekat tengah2 gambar je.. Buat besar sikit..
Sabar ye Cik Mat.. (Jarang nampak Cik Mat marah macam ni..)
saya pon dah pernah terkena... huhuhu mati sok jawab lerr
ReplyDeleteKak Sari ingat dia ni ada mental problem. Kak Sari ni dulu2 memang tak tahu pasal kewujudan bolg masak2 ni, lepas dah tahu & bina blog sendiri tak pernah pulak terfikir nak buat kerja senang ambil gambar orang masuk blog sendiri sebab kita dah dikurniakan akal utk berfikir. Yang ini memang dah sifat semulajadi, dia ada satu kekurangan iaitu tiada perasaan malu. Orang kalau ada perasaan malu dia tak buat mcm ni. Walaupun dia tak bgtahu rupa & nama sebenar dia kononnya supaya tak malu sangat tapi sekurang2nya dia kena malu dengan diri dia sendiri. Isk, klu ikut byk lagi nak membebel tapi nanti tmbh pening lak Cik Mat, urmmmm
ReplyDeletesaya hanya mampu kesiankan encik Mat tapi apa2 pun, cuba encik mat trace dia punya IP Address, then, cuba tengok dia punya email address, pastu, kerjasama dengan SKMM untuk masalah, sebab ini periuk nasi encik Mat, ditabur pasir macamni, memang payah la, nanti, makin lama, encik mat makin tertekan, pastu banyak perkara akan berlaku. Sekurang-kurangnya encik Mat boleh hentikan kerja mencuri dari blog encik Mat..huurrmmm...
ReplyDeletedah berulang kali perkara ni terjadi..
ReplyDeletedah berulang kali perkara ni terjadi..
ReplyDeleteJangan kerana orang buat salah, kita kena tempias juga. (sila hayati dan renungi)
ReplyDeleteTSCMG... sabar yaa... dah lihat di FB tadi.. hmm.. memang terkejut.. 100% cetak TSCMG punya hasil penat lelah...
ReplyDeleteSabar yaa... ini memang dugaan yang besar buat TSCMG... nak komen lebih lagi..takut haku pulak yang terover tumpang sekaki naik hantu...
Apa pun TSCMG ada ramai peminat yang sentiasa mengikuti dan menyokong TSCMG.. just bertenang dan fikirkan apa tindakan yang terbaik buat Dapur Tanpa Sempadan... kerana i peminat TSCMG no 1
As-salam che mat..
ReplyDeleteMmg ada org camni..nk keje senang. Sy pon dulu salu kena. Tp kt blog bisnes sylah. Kita bersengkang mata tulis entri..amik gambar produk..edit tetiba dia copy tanpa bg credit. Gambar kita siap padam kita nyer watetmark. Sedih sgt masa tu. Lastly kita tmbh coding org x leh copy lg. Tp blog che mat ni x lehla tmbh coding camtu kan nnt org susah lak nk copy resipi hihi
Salam,
ReplyDeletekkida amat bersimpati dengan Mat dan tumpang rasa marah terhadap orang yg suka cilok hak orang lain tanpa ada rasa bersalah...org jenis ni memang tak peduli dan tak takut dosa...takkan berkat segala hasil yang diperolehi dari keringat orang lain...banyakkan bersabar dan berdoa agar dipermudahkan segalanya Mat...:/
tak baik betull... tak lamalah tu.
ReplyDeleteayok...cmg dah marah...
ReplyDeletecadangan bro framestone dan sunah bagus tu
..
yg sunah lg simple...tp kalau dah jenis gini...buat watermark guane pun dia curi gak...
I yg tak tgk je pun terasa malu utk dat person. T__T. sabo ye che mat.
ReplyDeleteyela che mat xpatut,td tgk jgk eh picca org lain ada jugak..yg notis apam labu kak yatie ada..sebab cam pinggan kak yatie bunga merah tu..
ReplyDeletefaham bagaimana perasaan saudara.
ReplyDeletesaya pernah mengalami perkara yang sama.
Gambar-gambar yang susah payah kita ambil,edit dan niatkan untuk kongsikan pada pembaca.Tapi jadi pemenuh tembolok orang2 yg tak berhati perut di luar sana.
Memang lah alasan mereka itu "ALA SAYA TAK TAHU"~"INGATKAN KALAU DI INTERNET BOLEH AMBIK MCM TU JER".
tapi yg nyata~cuba kalau benda itu kena kat batang hidung mereka ?.Sakit tak jiwa ?.
saya dulu terkena,sampai apa yg saya post.itupun orang copy bulat-bulat.Bayangkan dia boleh bukak blog dengan meniru identiti saya !!.Sakitnya hati waktu itu tuhan saja yg tahu.
entahlah~zaman sekarang ini.
Orang lebih pentingkan tembolok masing2 dari adab dan budi bicara.
pada saudara,saya harapkan banyak bersabar.
selagi kita bergumal dengan dunia blog ini..selagi itulah manusia2 pacat yg tak berhati khaldu itu.
akan menghantui dan mencarik setiap hasil kerja yg yg telah kita usahakan.
salam cikmat,1st time mai komen sini,before this silent reader je.hihi
ReplyDeletesusahkan bila wujudnya orang mcm ni. taknak berusaha sendiri.nak cari rezeki dgn cara menipu,macam mana la rezeki nak masyukkk.
tq sbb sudi follow twitter :)
salam dik..
ReplyDeletesabar ya..ingat allah itu ada..dan allah menolong org yg teraniaya..
betul 38X....hehe CM kita samalah hari ni bukak tajuk "geram-geram"..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSaya pertama kali komen, sebelum ni silent reader. Geram sangat, saya tegur dia melalui inbox FB. Biar dia fikir sikit.
Like!!!!
ReplyDeleteSabar ek CMG, mmg org camnie dasar muka tebal bak tayar traktor suker cari untung atas angin je lg diam lg dia tambah cawangan lak kan isk isk isk xserik2 bile kali pertama CMG meletup ari tu adehhh ... Dengki kut sbb diri sendiri xpandai nk masak n ambik gambar lawa2 isk kiter lak rasa nk pi ganyang org2 camnie..
ReplyDeletecadangan bro framestone tu menarik gak. try pasni masukkan unsur tiffin biru dlm setiap gambar. (letak la penutup dia ke, mangkuk dia ke. asalkan ada trademark tiffin biru tu.) pastu letak watermark transparent kat tengah2 gmbr. kira utk double protection la..
ReplyDeletekalau letak coding utk halang blogger copy gambar pon best gak. ada kan coding camtu? ni kiranya triple action protection. (dah macam pembersih muka 3 in 1 la pulak?)
Salam CMG..emm ada jgk org mcm ni..kita br lg dlm dunia blogger ni..bc ni br tau..
ReplyDeleteSalam CMG..
ReplyDeletepnassss je kn??
sy pn cam pnas je..
phm cmne prasaan tu..
apedaaaa..
nk berniaga tp bt cmtu mcm xberkeyakinan lgsg..
mcm men tipu plak..
I banyak nampak some ppl simply put "ihsan google" for images yg dorang pakai. Do they aware yg google hanyalah search engine? adoi.
ReplyDeleteSaya sangat bersimpati...
ReplyDeleteSemoga Che Mat tak patah semangat untuk terus berkarya...
Terima kasih semua...lepas ni che mat akan letak watermark pada tengah2 gambar masakan....hmmm
ReplyDeleteplagiarism!
ReplyDeletetak malu betul orang yang curi gambar cik mat.
curi gambar satu hal. tampal watermark sendiri atas gambar kau satu hal yg lain.
teruknya blogger mcm ni...
Orang ada blog masakan, dia pun nak ada blog masakan.. Tapi caranya tak betul.. Sabar ye Cik Mat.. Doakan aje semoga org tu Tuhan berikan hidayah kpdnya dan menyesali perbuatannya..
ReplyDeleteIsu panas, ramai juga turut memberi pendapat. Betullah kata Mat, curi hasil orang gitu mana boleh..
ReplyDeleteAt least tulis la di ambil dari link-link tertentu..ini mengaku sendiri punya terus..
wa...saya dah buka fb dia...banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gambar daripada blog mat....kalau saya memang marah...siap tukar water mark lagi..melampau betul....
ReplyDeletesabar yew bro mat...besa r org camni ade kat mne2 jew...kte bersusah2 dia nak senang2 lak adoi..!!! bikin panaz!!!cbe cari kaedah len utk elak kena camni lag bro~
ReplyDeleteCMG, Sabar Mat. Sedih betul aku tengok orang mencuri atau plagiat hak orang lain dan mengaku itu hak atau hasil tangan sendiri. Aku lunsur ke blog Asian Food Channel Facebook dan terperanjat jugak apabila melihat semua entry-entry yg di hantar dari "Resipi-Dapur" adalah hasil dari blog CMG yg telah di "plagiarised" dari Tiffinbiru!!! Lihat di sini:
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=462885727084028&set=a.456010621104872.99414.230144587024811&type=1&theater
Hamzah
Peminat Tiffinbiru
gambar masakan yg CMG post kan mmg sgt cantik dan menarik..menjadikan ramai yg nak ngaku hasil cipta sendiri..
ReplyDeleteboley ker kalu nk repot polis n tuntut ganti rugi/dakwa sbb mencuri hasil org lain?
Ini bermakna makan hasil titik peluh orang lain...tak ada idea kreatif sendiri...org macam nie ramai zaman sekarang nie yea...
ReplyDeletedah gi jengah dah FB dia dan Blog dia..nampak sgt copy..siap sent msg kat box dia lagi..kata dia curik dari blog mat.
ReplyDeletetakpe mat, hari-hari aku msg kat box dia..
betul2 tak malu,
sabo mat...
eemmm amat mengecewakan..nak bina blog masakan bukan mudah..nk masak pastu nk cari idea nak amik gamba..pastu nk karang ayat utk post ..uiitss bukan kerja snang..tp bila ada org sht cut..camtu terasa amat kecik ati..klu trjadi kt kami pun haruuusss hannnginn jgk..sabar tau CM..moga ada jln pyelesainya nnt..
ReplyDeletememang banyak je orang yang macam ni..plagiat, curi hak org, nak amek kredit dari hasil titik peluh org..
ReplyDeleteHantar surat saman aja Cik Mat...tu aja ajar org yg 'tak makan saman' ni
ReplyDeleteDulu pun ada 'majalah' yang curi gamabr En.Mat kan?Kalau tak silaplah.
ReplyDeleteabg mat gebu jgn marah.....nnt tempereture naik...susah sahabat2 nak belajar resepi lagi law abg mat gebu jatuh sakit. bukan saya minta abg mat gebu jatuh sakit taw, cuma harap abg mat gebu cool.....
ReplyDeletesaya pandai baca je resepi, masak saya pandai...hihihi...makan lagi la saya pandai.. :)
Ada juga manusia jenis macam ni. Suka ambil jalan mudah. Orang dah berkongsi resepi dengan kita tanpa mengenakan sebarang bayaran, itu dah kira bersyukur sangat. Curi gambar hasil tangan orang lain, masukkan dalam blog sendiri itu dah macam orang dah bagi betis, kita nak peha plak.
ReplyDeleteJom kita report abuse ramai2 tentang blog dia. Klik kat blog dia,then klik report abuse!
ReplyDeletemarah betul cik mat ye..
ReplyDeletekena letak watermark la gambo2 cik mat lepas ni.. letak juga si tiffin biru yg comey tu as ur trademark kan
kalu itu pun org nk cilok jugak..hmmm..xtau nak kata apa dah