Pedas, berapi dan cuping telinga jadi merah, lagi parah mata sampai berair..begitulah seksa dalam sedapnya sambal belacan mangga kampung. Kenapa mangga kampung? Sebab mat guna buah mangga yang tulen, bukan buah mangga zaman sekarang yang telah di hybrid hingga hilang bau keaslian mangga. Pokok mangga besar yang tumbuh dalam kawasan masjid yang kerap berbuah. Abang mat kerap bawak balik 2 - 3 biji, walaupun buah mangga yang tercedera, namun masih elok isinya. Jadi hari ni mat buat sambal belacan. Guna belacan bakar dan cili padi thai yang warna merah. Kalau dapat cili padi kampung lagi sedap, tapi stok takde. Satu yang agak leceh, cili padi thai ni, biji dia banyak sangat, jenuh nak tumbuk kasi lumat. Tapi takpe, ia memang berbaloi. Sambal belacan hari ni, mat gebu yang tumbuk, bukan bonda ku. Makan dengan ulam daun selom, aduhh...Sedap tak boleh nak kata apa, walaupun pedass...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah mangga kampung, kupas kulit dan ambil isinya
20 biji cili padi merah thai, cuci dan toskan
1 inci belacan, dibakar hingga harum
1/2 camca teh gula
Secubit garam
Ulam2 kegemaran anda untuk dimakan bersama (mat guna ulam daum selom)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula hingga lumat, berhati dari terkena percikan sambal tadi. Masukkan mangga dan tumbuk sedikit, tak perlu lumat sangat, kasi hancur sikit2 sudah memadai. Gaul rata dengan sambal belacan tadi, rasa sedikit, kalau ok boleh cedok keluar dari lesung batu. Hidangkan bersama ulam2 dan juga nasi....berpeluhhhhh!!!...
10 Comments
ohhh..my forever peberet ni
ReplyDeleteBest nie kita biasa buat buah kuini :)
ReplyDeleteJom singgah : http://akuanakpahang.blogspot.com/
perghhhh!!1 sedapnya.. hehehe
ReplyDeleteAl Fatihah Untuk Arwah: Genap Sebulan Pemergiannya
Che Mat, jangan goda bleh tak? Hehehe
ReplyDeletecili padi merah thai tu pedas gile eh??
ReplyDeletepeeehhh..mesti sodap ni kan...
ReplyDeletenak try la mlm nnti..
bepeluh punya haahha
Sedapnya CM. Lama x mkn sambal belacan yg ada mangga ni.
ReplyDelete:)
yummy2...ok2..nanti tahun depan saya terjah rumah mat gebu
ReplyDeletesungguh Mat..makan nasi tanpa sambal dan ulam...bagai lagu tanpa irama...
ReplyDeleteMat pernah tgk cili padi kaler putih (setakat ni saya hanya jumpa kt kelantan ja)...pedasnya ya amat...
Wahhhh... Sedap! Pembuka selera in. Mau makan 3 pinggan kalau ada sambal ni!
ReplyDelete