NASI BERIANI JAGUNG...MANA JAGUNGNYA?

rsz_nasi_beriani_jagung
Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni cm masak nasi beriani. Tiada resipi khas, cuma main masuk apa yang ada. Sebab ada jagung dalam tin, cm masukkan sekali, tapi tak berapa jelas sangat butiran jagung dalam gambar. Namun begitu kalau anda perhatikan betul2, nampak lah juga biji2 jagung tu dalam nasi. Yang lebih jelas gajus. Sebenarnya Bak belum berapa sehat, tekak dia takmo makan sangat dan cm kasi buat nasi beriani untuk Bak, dan untuk cm dan bonda dan yang lain2. Takde lauk yang istimewa sangat untuk hari ini, cuma cm buat pajeri dan rendang. Yang rendang tu tak perlulah letak resipi sebab biasa dah anda lihat dalam DTS. Seperti biasa cm guna beras Basmathi dan rempah beriani Baba's, tapi cm tak guna banyak, dalam 1 camca besar macam tu, tak nak rasa berempah sangat. Satu lagi cm guna susu rendah lemak. Anda boleh lah guna susu sejat untuk mendapat rasa yang lebih lemak. Resipi mudah dan cm pasti anda juga boleh membuatnya...Dan cm nak anda baca entri ini, sebab ia amat2 penting terutama untuk anak2....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 cawan air dari dalam tin jagung berkaleng
1 cawan susu sejat (cm guna susu rendah lemak)
4 cawan air rebusan tulang ayam
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1 helai daun pandan
1 batang serai, dititik
1 cawan jagung berkaleng dalam tin
2 biji cili hijau, belah 2 setiap 1
1 camca besar sos tomato
1 pokok daun ketumbar, potong kasar
1 camca besar penuh rempah beriani (Baba's)*
1 inci halia, tumbuk halus*(*disatukan dan bancuh dengan sedikit air, kacau rata)
1/2 camca teh pewarna kuning makanan, campur dengan 1 camca besar air panas
2 camca besar penuh minyak sapi
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Sedikit gajus goreng, untuk hiasan
Sedikit kismis, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali (cm guna non-stick pan), masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah serai dan daun pandan, kacau rata. Masukkan bancuhan rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan beras, jagung dan jus limau kasturi, kacau rata dan goreng beras selama 1 minit. Masukkan ke dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker. Tuang stok ayam, air dari tin jagung dan susu sejat. Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga nasi kering. Masukkan daun ketumbar dan sedikit bawang goreng. Buat beberapa lubang pada nasi menggunakan chopstick dan masukkan pewarna makanan kuning. Tutup periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Kemudian boleh gemburkan nasi, seelok2nya gunakan chopstick. Off kan periuk nasi dan biar sekejap. Tabur hirisan daun sup, bawang goreng, gajus dan kismis. Hidangkan bersama lauk kegemaran anda....Sedap dimakan panas.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau takde air rebusan ayam, anda boleh guna air panas (sama sukatan untuk air rebusan ayan macam dalam resipi) campur dengan 1 kiub pati ayam. Kacau rata dan boleh gunakan. Kalau anda nak guna air rebusan daging atau tulang lembu pun boleh..lagi sedaappp!!!...

Post a Comment

4 Comments

  1. haaaaaaaaaaa... Kak Sari nampak 4 butir jagung ;-))))))

    semoga Bak cepat sembuh & sihat seperti sediakala.. Aminnn... salam untuk Mak Yah, ya..

    ReplyDelete
  2. @ SKTJ - yessss....akhirnya kak sari nampak gak butir jagung dalam nasi tu...haha...Terima kasih kak atas doa, insha Allah, bak pun makin ok, dah mula nak makan... (^___^)

    ReplyDelete
  3. cik mat..

    nasi beriyani ni nmpk ala2 vege beriyani india tu..nmpk pn dh tau sedap..

    sy dh beli majalah Rasa yg baru...sebab ada resepi dr blogger2 terkenal..

    ReplyDelete
  4. Salam cikMat,

    Please don gelak at me, okay... wat is dis jagung berkaleng... tolong habaq mai sat... I hope bukan jagung keling from kelang... jenuh cheq nak pi cari.

    Salam Bak dan MakYah from all of us here.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.